CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4183|Reply: 0

Wales intai final playoff Euro 2024

[Copy link]
Post time 21-3-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode

RAMSEY kembali cergas sepenuhnya selepas berehat panjang hampir enam bulan disebabkan masalah kecederaan. – AFP

CARDIFF – Pengendali Wales, Rob Page optimis anak-anak buahnya mampu menyerap tekanan untuk layak ke ­kejohanan Euro 2024 menjelang aksi playoff separuh akhir bertemu Finland di Stadium Cardiff awal pagi esok.

Menurut Page, barisan pemain perlu memanfaatkan pe­luang serta kesempatan bermain di laman sendiri untuk memastikan misi layak ke pentas final playoff sebelum meraih tiket ­automatik ke Euro 2024 di Jerman dapat direalisasikan.

“Saya rasa pasukan kami memiliki kualiti untuk meraih kemenangan pada perlawanan separuh akhir bertemu Finland nanti. Kita cukup bertuah kerana menjadi tuan rumah dan akan kekal di Cardiff andai layak ke final nanti.

“Secara jujur, saya rasa laluan kami agak mudah kerana kita berjaya elakkan Ukraine ketika majlis undian yang lepas. Saya harap pasukan dapat fokus daripada perlawanan ini dahulu sebelum fikir ­terlalu jauh.

“Sekiranya kita berjaya kekalkan fokus seperti yang dipamerkan pada aksi kelayakan kumpulan bertemu Croatia dan Turkiye tahun lalu, pasukan ini mampu menewaskan sesiapa sahaja,” kata Page.

Sementara itu, skuad The Dragons mendapat tonik terbaik apabila kapten pasukan, Aaron Ramsey sudah cergas sepenuh­nya selepas mengalami kece­deraan panjang dan diketepikan hampir enam bulan.

“Saya sangat terdesak untuk membantu pasukan bermain pada aksi playoff kerana inilah misi hidup dan mati pasukan.

“Kami berjaya layak ke empat kejohanan antarabangsa berturut-turut sebelum ini dan rugi jika kami tidak dapat mengekalkan momentum itu,” kata Ramsey. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -playoff-euro-2024/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.057244 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list