CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7878|Reply: 0

Wales bertuah ada Ramsey - Davies

[Copy link]
Post time 21-3-2024 04:59 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Wales, Aaron Ramsey (kiri) ketika menjalani latihan menjelang aksi play-off Euro 2024 menentang Finland di Vale Resort, Hensol, Wales semalam. – Foto REUTERS

CARDIFF, Wales: Kapten Wales, Ben Davies berkata mempunyai Aaron Ramsey di bangku simpanan bagi aksi separuh akhir play-off Euro 2024 awal pagi esok satu dorongan besar ketika mereka mengintai tempat ke pusingan akhir tahun ini.

Anak buah Robert Page perlu melepasi halangan Finland di Cardiff dan sama ada Poland atau Estonia pada 26 Mac untuk layak ke kejohanan di Jerman itu.

Mereka tampil sebagai pasukan pilihan untuk menundukkan Finland, sekalipun pertahanan Tottenham Hotspur, Davies berkata ia satu ujian yang rumit.

Bekas pemain Arsenal, Ramsey, yang biasanya menjadi kapten Wales, baru saja kembali daripada kecederaan dan jarang beraksi dengan Cardiff City, jadi pembabitannya besar kemungkinan dihadkan kepada antara pemain gantian.



"Peluang untuk mempunyai Aaron dalam skuad ini tidak perlu difikirkan," kata Davies semalam. "Pada harinya, dia boleh mengubah sesuatu dalam sekelip mata, menghasilkan satu detik magis.

"Kami amat bertuah memilikinya."

Tonggak Wales, Davies percaya Finland tidak boleh dipandang sebelah mata.

"Mereka mengharungi kempen kelayakan yang bagus. Mereka mempunyai pasukan yang tersusun dan pemain yang boleh mengecewakan anda jika anda tidak bersedia," katanya kepada wartawan.

"Kami meramalkan satu perlawanan yang sengit kerana corak permainan mereka amat kemas."

Wales tewas dua kali di laman sendiri kepada Finland, sekali dalam satu aksi persahabatan dan sekali lagi ketika kelayakan Piala Dunia pada 2009. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-ada-ramsey-davies
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054049 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list