CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8125|Reply: 0

Corak latihan Pan Gon, Garrido berbeza - Ahmad Zikri

[Copy link]
Post time 21-3-2024 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Zikri akui timba pengalaman berharga berlatih bersama Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR: Pertahanan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Ahmad Zikri Mohd Khalili menyifatkan dia dapat menimba banyak pengalaman berguna selepas diberi peluang 'berguru' bersama skuad senior di bawah kendalian Kim Pan Gon sebelum ini.

Malah, bintang muda ini mengakui tahap pasukan senior jauh berbeza dengan tahap skuad B-23 sekali gus dia bertekad untuk memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk membantu skuad B-23 pada kempen Piala Asia B-23, bulan depan.

Namun, skuad B-23 memperagakan corak permainan yang berbeza dan dia optimis dapat mengikut perancangan yang disusun oleh pengendali, Juan Torres Garrido dalam rangka persiapan untuk ke Qatar.

"Beraksi bersama pasukan skuad senior dan juga bawah 23 tahun ada perbezaan terutamanya membabitkan keupayaan kerana masing-masing berada pada level berbeza.


"Jika dilihat secara keseluruhan terdapat perbezaan membabitkan corak latihan yang diterapkan Garrido," katanya.

Sebagai rekod, skuad Harimau Muda diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Saingan Piala Asia B-23 ini begitu berharga memandangkan ia menawarkan slot ke Sukan Olimpik 2024 di mana tiga pasukan terbaik akan layak secara merit ke Paris.

Satu lagi slot ke Paris akan ditentukan menerusi 'play-off' menentang wakil Afrika, Guinea.
https://www.bharian.com.my/sukan ... berbeza-ahmad-zikri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047902 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list