CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15535|Reply: 0

[Sabah] Penunggang maut dirempuh pacuan empat roda

[Copy link]
Post time 21-3-2024 07:40 PM | Show all posts |Read mode


MAUT: Keadaan kemalangan maut di lokasi kejadian.

PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda yang memotong kenderaan lain di Kilometer 7, Jalan Papar Baru-Kota Kinabalu, di sini.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa lelaki berumur 35 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah kira-kira jam 3.38 petang.

Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan motosikal.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu pacuan empat roda lelaki berumur 27 tahun dan penumpang lelaki 38 tahun dalam perjalanan dari Papar menuju ke Kota Kinabalu.

"Pada masa itu, pemandu terbabit cuba memotong kenderaan lain dan kenderaannya memasuki ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal ditunggang mangsa seorang diri yang datang dari arah Kota Kinabalu ke arah Papar.

"Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke bahu jalan arah Kota Kinabalu ke Papar manakala motosikalnya turut tercampak ke tiang lampu arah sama," katanya dalam kenyataan media di sini.

Kamaruddin berkata, pacuan empat roda yang hilang kawalan terbabas dan melanggar tiang SESB serta melanggar sebuah kereta jenis sedan yang diletakkan di bahu jalan arah yang sama.

"Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Papar manakala pemandu dan penumpang pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.100245 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list