CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9762|Reply: 0

[Sabah] Individu hina kalimah Allah bakal dikenakan tindakan

[Copy link]
Post time 22-3-2024 12:08 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Ruslan menyampaikan bakul makanan kepada salah seorang asnaf sebelum majlis berbuka puasa itu.

BEAUFORT: Seorang individu lelaki yang telah memuat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah bakal diambil tindakan undang-undang sekiranya didapati melakukan kesalahan terbabit.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) melalui bahagian penguatkuasaan akan meneliti perkara itu kerana individu berkenaan telah mempersendakan kalimah Allah sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Ruslan berkata, beliau akan berbincang dengan Pengarah JHEAINS mengenai perkara itu memandangkan jabatan itu mempunyai satu jawatankuasa iaitu bahagian penguatkuasaan bagi meneliti kes berkenaan.

"Kita akan ambil maklum dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekiranya individu berkenaan didapati menyalahi undang-undang hal ehwal agama Islam, kita akan ambil tindakan seterusnya, Insyaallah, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada asnaf di Masjid An-Nur Bukau pada Rabu.


ALBUM: Ruslan merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian jemaah selepas menunaikan solat di Masjid An-Nur Bukau.

Seramai 18 orang asnaf di kampung itu menerima sumbangan barang keperluan harian sempena menyambut bulan Ramadan, yang disampaikan Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.

Empat hari lepas, seorang pemuda bernama Ricky Shane CA menerusi akaun Facebooknya telah menghantar kata-kata penghinaan dalam ruangan komen pada pautan berita dalam talian milik akhbar nasional mengenai stoking tertera kalimah Allah.

Berikutan tindakan individu itu menghantar kata-kata penghinaan dalam ruang komen pada pautan berita dalam talian, ia telah menarik perhatian umat Islam di negara ini sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

Ekoran tertularnya perkara itu, pemuda terbabit difahamkan telah dipanggil polis ke balai polis IPD Kepayan untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.076114 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list