CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9785|Reply: 0

[Sabah] Cuaca sejuk, berangin bukan halangan tawan Gunung Kinabalu

[Copy link]
Post time 22-3-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode


SEMANGAT: Para pendaki mengambil gambar kenangan bersama malim gunung dengan berlatarkan Gunung Kinabalu ketika tiba di Kinabalu Park. Turut kelihatan Ashton (tiga kiri) dan Anthony (empat kiri).

RANAU: Cuaca dingin dan berangin tidak mematahkan semangat tujuh pendaki untuk meneruskan misi menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Kesemua pendaki Kelab Aki Nabalu Tamparuli itu terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita berjaya tiba di puncak gunung pada jam 7 pagi biarpun suhu pada tahap negatif dua darjah celcius.

Kesmeua pendaki adalah Anthony Onggoi, Alandev Anthony, Jocelyn Marciana, Ashton Xander De Anthony, Ivy Marcella Kayawa, Tanjong @ Edith Embagos dan Christella Raymond.

Bagi peserta termuda Ashton yang berumur 12 tahun, perjalanan menuju ke puncak seakan dekat pada pandangan mata kasar namun hakikatnya masih jauh.

Berbekalkan niat, kesungguhan dan dan kata-kata semangat daripada ayahnya Anthony, Ashton antara yang pertama sampai ke puncak.

“Walaupun berangin selain suhu berada pada paras negatif dua darjah celcius, saya berjaya untuk naik ke atas puncak.

“Saya berasa bangga dan tidak menjangka dapat menamatkan pendakian hingga ke puncak,” katanya murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bantayan Tamparuli ini.

Sementara itu Jocelyn berkata, pengalaman mendaki Gunung Kinabalu adalah amat mencabar bagi mereka yang mendaki gunung itu buat pertama kali.
Sewaktu menuju ke puncak, beliau menggigil kesejukan ditambah lagi dengan angin yang kuat.

"Pendakian ini amat memenatkan namun dalam masa yang sama menyeronokkan,” katanya.

Kesemua pendaki bermalam di Panalaban sebelum meneruskan pendakian pada Sabtu jam 2.30 pagi.

Dalam pada itu, Anthony selaku ketua rombongan ekspedisi mendaki memaklumkan, pengalaman mendaki gunung tertinggi di Malaysia itu amat menguji mental.
“Walaupun saya sudah lebih 10 kali mendaki Gunung Kinabalu, namun saya masih merasakan pendakian ini cukup mencabar.

“Kami terpaksa menggunakan sepenuh tenaga, lebih-lebih lagi pada ketika cuba bertahan dalam keadaan yang sejuk.

“Sebenarnya pada ketika menghampiri puncak, kami ada mengalami sedikit kesukaran untuk bernafas kerana situasi yang agak berangin dan dingin. Namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat untuk sampai ke puncak tertinggi dan berjaya mendapat sijil serta pingat daripada Taman Kinabalu," jelasnya.

Pihaknya turut berterima kasih kepada malim gunung yang sentiasa memberikan arahan dan mengawal pergerakan mereka sehingga pergi dan balik dengan selamat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050785 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list