CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9734|Reply: 0

[Sabah] INSKEN laksana pelbagai program bimbingan, bantu asnaf tingkat pendapatan

[Copy link]
Post time 22-3-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode


EWON

KOTA KINABALU: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan pelbagai program pembangunan latihan dan bimbingan keusahawanan kepada usahawan dan bakal usahawan termasuk golongan asnaf.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, bagi membantu usahawan asnaf, INSKEN bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri.

Beliau berkata, kerjasama itu antaranya bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

“Bagi pelaksanaan program 2024, INSKEN sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi memperhalusi program-program latihan dan bimbingan keusahawanan yang bersesuaian dengan usahawan asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Manndzri Nasib (Tenggara), pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT), di Dewan Rakyat Kuala Lumpur hari ini.

Ewon menjawab pertanyaan, mengenai kerjasama yang dijalankan oleh INSKEN bersama Majlis Agama Islam setiap negeri dan wilayah bagi membantu para asnaf serta usahawan-usahawan asnaf menambah pengetahuan dan meningkatkan hasil perniagaan mereka.

Beliau berkata, INSKEN melaksanakan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) untuk memberi pengetahuan kepada bakal usahawan dan usahawan peringkat permulaan menerusi modul pengurusan operasi, operasi perniagaan, pemasaran dan kewangan.

“Pada 2022, sebanyak enam siri kursus ini diadakan melibatkan seramai 250 peserta asnaf dan seramai 676 peserta asnaf pula mengikuti 16 siri kursus ini pada 2023,” katanya.

Ewon berkata, di bawah kerjasama MAIPk, INSKEN melaksanakan Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS) pada 2023 melibatkan penyertaan 27 peserta asnaf.

“Ia bertujuan membantu usahawan mengurangkan kesilapan dalam membangunkan produk atau perkhidmatan dengan lebih berkesan.

“Pada 2023, melalui kerjasama dengan MANIS, INSKEN mengadakan Program latihan Pemasaran yang dihadiri 35 usahawan asnaf dan pada tempoh yang sama INSKEN turut melaksanakan Sesi Konsultasi BizClinic secara percuma kepada 35 usahawan asnaf di bawah MAINS.

“Sesi ini bertujuan membantu usahawan mengenalpasti keperluan latihan atau bimbingan, kewangan, pemasaran serta maklumat bersesuaian berkaitan perniagaan yang diusahakan,” katanya.

Ewon berkata, bagi pelaksanaan program tahun ini, INSKEN sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi memperhalusi program-program latihan dan bimbingan keusahawanan yang bersesuaian dengan usahawan asnaf.

Katanya, selain INSKEN, agensi-agensi KUSKOP seperti Bank Rakyat dan SME Bank juga mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bagi mengenalpasti golongan asnaf untuk mengikuti program iTEKAD, yang bertepatan dengan Nilai Teras Malaysia MADANI untuk membasmi kemiskinan.

“KUSKOP turut mengadakan kerjasama dengan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) dalam penganjuran bengkel kesedaran dan bimbingan bagi membimbing usahawan secara hands-on dalam permohonan pensijilan halal menggunakan sistem MYeHALAL JAKIM,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.067637 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list