CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7299|Reply: 0

[Sarawak] Ling berikrar pastikan pusat kanser ditubuh di Sibu

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:08 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (gambar) memberi jaminannya bahawa beliau akan berusaha untuk memastikan pusat kanser akan ditubuhkan di sini.

Menurutnya, ini supaya orang ramai di wilayah tengah khususnya berpeluang menikmati perkhidmatan perubatan yang komprehensif dan khusus.

"Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bercadang untuk menaik taraf Hospital Sibu dan Hospital Miri kepada hospital serantau.

"Menurut KKM, Hospital Sibu akan memberi tumpuan kepada rawatan kanser manakala Hospital Miri memberi tumpuan kepada rawatan kardiologi," katanya di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun Ling berkata, lokasi sebenar pusat kanser yang diputuskan kerajaan Sarawak adalah di Kuching kerana kerajaan Sarawak bercadang membina sebuah pusat perubatan komprehensif di Kuching.

"Saya percaya sekiranya pusat perubatan komprehensif yang dicadangkan oleh kerajaan Sarawak tidak dibuka kepada warga asing, ia tidak seharusnya tertumpu di satu tempat sahaja, sebaliknya perlu diperluaskan supaya bandar utama seperti Sibu dan Miri turut mempunyai pusat pakar untuk memberi rawatan perubatan kepada kebajikan penduduk setempat," tegasnya.

Ling juga menegaskan sekiranya pusat perubatan komprehensif itu tidak membuka peluang kepada warga asing untuk mempromosikan pelancongan perubatan dan meningkatkan hasil kerajaan sebagai matlamat pembangunan mampan dalam bidang perubatan, maka penumpuannya di satu tempat sahaja tidak akan memberi kemudahan kepada rakyat Sarawak terutamanya di luar Kuching.

"Lagipun hospital di Kuching sudah mempunyai perkhidmatan perubatan yang komprehensif, tetapi kawasan lain agak kurang dan tidak lengkap," tambahnya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.297020 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list