CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7293|Reply: 0

[Sarawak] 110 buku derma melalui inisiatif ‘ DangoBookshare' diserah kepada Masjid Darul Ehsan Piasau Miri

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:10 PM | Show all posts |Read mode


Ariffin Mohamad menerima 110 buku daripada Razak Rambili sempena ‘ DangoBookshare' pada 15 Mac lalu.

MIRI: Sebanyak 110 buku derma melalui inisiatif ‘ DangoBookshare' telah diserahkan kepada Masjid Darul Ehsan Piasau Miri bagi menyokong bahan bacaan kanak-kanak pada 15 Mac lepas.

Inisiatif ini adalah hasil usahasama Pustaka Negeri Sarawak Kampus Miri dan Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sarawak (PPMKSAR).

Pustaka Negeri Sarawak Kampus Miri  berkata Dango Bookshare adalah satu inisiatif berkonsepkan komuniti membantu dalam menyumbangkan pelbagai bahan bacaan.

Pelbagai bentuk dan genre buku baharu dan terpakai itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Buku-buku tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi Masjid Darul Ehsan Piasau Miri  Ariffin Mohamad dan disampaikan oleh Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak, Miri Razak Rambili dan Ahli PPMKSAR.

Untuk maklumat lanjut , orang ramai boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi mereka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.260495 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list