CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7418|Reply: 0

[Sarawak] Darul Hana fasa kedua dijangka siap 2026

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:11 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika ditemui pemberita mengenai pembangunan projek Darul Hana. - Gambar UKAS

KUCHING: Projek Darul Hana fasa kedua yang sedang dalam pelaksanaan dijangka siap pada tahun 2026.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, fasa kedua itu bakal menempatkan kira-kira 200 keluarga dari dua buah kampung iaitu Kampung Panglima Seman Ulu dan Kampung Pulo Hilir.

“Sekarang kita sedang membangunkan fasa kedua (Darul Hana) di Sungai Bedaun yang sedang dalam pembinaan.

“Ia untuk keluarga tambahan fasa kedua Darul Hana yang menempatkan 200 keluarga dan dijangka siap pada 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Iftar Darul Hana 2024 di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata kerajaan juga akan mengenalpasti satu lagi kawasan untuk kawasan baharu untuk pembangunan projek Darul Hana berdekatan kampung sedia ada.

“Kita akan mengenalpasti satu lagi kawasan untuk membangunkan projek di kampung berdekatan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan daripada Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) kepada 130 golongan dan anak yatim anak yatim dari 13 buah kampung dalam kawasan projek Darul Hana.

Mereka masing-masing menerima RM150 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM19,500.

Ia bagi membantu mereka dalam persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu Pemangku Pengurus Besar LCDA Kusyairi Bostani telah menyampaikan Zakat Perniagaan bagi tahun 2023 berjumlah RM1,910,187.26 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar TBS, Bolhassan Iskandar Taibi.

Seramai lebih kurang 500 tetamu, termasuk kakitangan LCDA, ketua-ketua masyarakat Kampung Seberang Hilir, ketua-ketua jabatan dan agensi, media dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam Projek Pembangunan Darul Hana turut menghadiri Majlis Iftar Darul Hana 2024 ini.

Acara itu merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan LCDA untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dengan harapan dapat meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik pada bulan Ramadan ini dan persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.051547 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list