CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7320|Reply: 0

[Sarawak] Gerawat sangkal dakwaan Lo kerajaan negeri tidak laksana usaha pinda SLO

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:12 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Datuk Gerawat Gala menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Pekerja-Pekerja Bank Sarawak (SBEU) Andrew Lo yang menyatakan kerajaan negeri tidak melaksanakan sebarang usaha untuk meminda Ordinan Buruh Sarawak (SLO).

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) itu menjelaskan, SLO merupakan undang-undang persekutuan yang hanya terpakai di Sarawak, namun sebarang pindaan kepada SLO perlu diluluskan oleh Parlimen dan bukannya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

"Kerajaan negeri berserta semua pihak berkepentingan berkaitan telah mengambil tindakan serius dan konsisten untuk meminda SLO, tetapi keputusan muktamad berhubung pindaan tersebut terletak pada Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya dan Parlimen.

"Kami berharap pindaan SLO akan dibentangkan bersama-sama dengan pindaan yang sama kepada Ordinan Buruh Sabah pada persidangan Parlimen akan datang," ujarnya menerusi kenyataan pada Rabu.

Gerawat berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Lo pada 18 Mac 2024 yang menyatakan kerajaan Sarawak telah dirujuk mengenai pindaan kepada Akta Kerja (EA), tetapi tidak berusaha untuk meminda SLO, selain menyifatkan kelewatan meminda ordinan itu sebagai tidak boleh diterima.

Beliau seterusnya menegaskan dakwaan Lo itu mengelirukan, selain meremehkan usaha serius yang diambil oleh kerajaan negeri dalam melaksanakan pindaan itu.
"Adalah tidak adil bagi Andrew Lo untuk mendakwa bahawa kerajaan negeri tidak berusaha untuk mendapatkan pindaan SLO," katanya lagi.

Mengulas lanjut Gerawat berkata, memandangkan SLO hanya terpakai untuk Sarawak dan selaras dengan hak Sarawak ke atas kemasukan pekerja bukan pemastautin seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 161E(4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 65 Akta Imigresen, pihaknya telah meminta peruntukan yang memerlukan persetujuan negeri bagi sebarang pindaan SLO pada masa hadapan.

Jelasnya, pihaknya baru-baru ini telah mengemukakan kepada kementerian mengenai peruntukan alternatif yang memerlukan rundingan terlebih dahulu dengan Pihak Berkuasa Negeri yang relevan bagi sebarang pindaan SLO pada masa hadapan.

"Peruntukan sedemikian adalah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia (MA63) dan bertujuan untuk melindungi kepentingan pekerja dan industri di Sarawak memandangkan keadaan adalah berbeza di Sarawak berbanding Semenanjung Malaysia.

"Kini, ia merupakan tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Peguam Negara untuk menyediakan draf rang undang-undang pindaan bagi pindaan SLO yang akan dibentangkan di Parlimen," katanya.

Menurutnya juga, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta ahli kesatuan mereka telah dimaklumkan mengenai perkembangan pindaan SLO semasa pertemuan dengan kementeriannya dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

MTUC dan ahli kesatuan mereka katanya, memahami faktor masa yang diambil untuk menyelesaikan pindaan tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.544339 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list