CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7302|Reply: 0

[Sarawak] Peniaga bazar Ramadan diingat utamakan kebersihan dan keselamatan makanan

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:13 PM | Show all posts |Read mode


Zaifa (kiri) mengedarkan risalah berkenaan penerapan aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa program di Bazar Ramadan Sri Aman pada Rabu.

SRI AMAN: Para peniaga di bazar Ramadan di sini diingatkan agar sentiasa mengambil berat terhadap aspek kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual kepada para pengunjung.

“Kita dari Pejabat Kesihatan akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap mana-mana bazar Ramadan di sini bagi memastikan peniaga sentiasa mengamalkan dua aspek ini,” kata Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman Zaifa Johari.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Operasi Pemeriksaan Bazar Ramadan serta Pelaksanaan Kempen Nafas Baru Bermula Ramadan, Kempen Minum Air Kosong dan X-Beg Plastik Bazar Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Sri Aman anjuran Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian, pada Rabu.  

“Operasi ini bertujuan untuk memantau berkaitan lesen perniagaan peniaga, kad suntikan dan salinan kursus pengendali makanan.

“Perlu diingatkan kepada para peniaga untuk membawa bersama dokumen tersebut ketika menjalankan perniagaan,” tegasnya.

Tambahnya, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman sentiasa menitikberatkan tahap kebersihan diri dengan menasihati peniaga agar mengenakan apron yang lengkap, kebersihan dalam mengendalikan makanan dan kebersihan tapak perniagaan.

Selain itu katanya, para pengunjung diseru agar membudayakan membawa bekas makanan dan minuman sendiri.

“Ini kerana budaya membawa bekas makanan dan minuman sendiri semasa membeli juadah di bazar Ramadan perlu diterapkan bagi membantu mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas makanan terbuang kerana ia boleh mengundang pelbagai penyakit.

“Kita turut menasihatkan para pengunjung untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengurangkan meminum air berkarbonat dan manis sewaktu berbuka puasa, sebaliknya minum air kosong lapan gelas sehari agar kekal hidrat,” ujarnya.

“Setiap kali berkunjung ke bazar ini, para pengunjung perlu menggunakan pelitup muka dan mulut bagi mengelakkan diri dijangkiti pelbagai penyakit.

“Kini musim kering telah tiba dan amat mudah penyakit berjangkit mereka di kalangan komuniti kita,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu Zaifa menambah, bulan Ramadan juga waktu yang amat efektif dan bermanfaat untuk perokok berhenti merokok dan merubah tahap kesihatan menjadi lebih baik.

“Oleh itu, Kempen Minum Air Kosong dan Nafas Baharu Bermula Ramadan turut dipergiatkan untuk memberi sokongan kepada orang ramai,” katanya lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.246199 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list