CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7366|Reply: 0

[Sarawak] Warga Sarikei diseru jayakan Program Virtual Earth Hour 2024 pada Sabtu ini

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:15 PM | Show all posts |Read mode


SARIKEI: Masyarakat di daerah Sarikei diseru agar bersama-sama dalam menjayakan Program Virtual Earth Hour 2024 yang bakal berlangsung pada Sabtu, 23 Mac ini.

Pengerus Majlis Daerah Sarikei (MDS) Kaunselor Wong Zee Yeng berkata, program ini akan berlangsung selama satu jam iaitu bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam pada tarikh tersebut.

"Program yang dianjurkan ini adalah sebagai usaha untuk menunjukkan sokongan secara alam maya untuk tindakan bagi menangani perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.

"Misi dan visinya untuk membuktikan bahawa kita peduli tentang isu perubahan iklim dan kehilangan sumber alam semula jadi.

"Kesedaran mengenai kempen ini mempunyai maksud yang tersirat dan penting di mana penggunaan tenaga dalam jumlah besar dan berterusan akan mambawa kesan negatif bumi," kata Wong kepada media, hari ini.

Menurut Wong, dalam tempoh tersebut beberapa lokasi dan bangunan yang berada di bawah selian pihak MDS akan bergelap dan mematikan penggunaan elektrik.

Katanya, antara lokasi tersebut ialah Pejabat Majlis Daerah Sarikei, Taman Tasik Sarikei, Dataran Merdeka Sarikei, Landmark Sarikei, Pusat Penjaja Sungai Sarikei, Market Sentral dan Market Sungai Rejang.

"Sehubungan dengan itu, kita ingin menyeru dan masyarakat di Sarikei amnya, agar bersama-sama dengan kita dalam menjayakan dan merealisasikan program ini nanti.

"Kita juga berharap matlamat untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran tentang cabaran perubahan iklim dan isu alam sekitar demi mewujudkan masa depan yang mampan untuk semua dapat kita capai melalui program ini nanti," kata Wong lagi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050210 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list