CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8449|Reply: 0

[Sarawak] Peningkatan kadar elektrifikasi domestik pada 2023 bukti SEB sebuah syarikat utiliti berprestasi tinggi

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:19 PM | Show all posts |Read mode


Sharbini menyerahkan sumbangan kepada beberapa penerima semasa Majlis Berbuka Pusa Bersama SEB di BCCK, di sini semalam.-Gambar Mohd Faisal Ahmad

KUCHING: Peningkatan kadar elektrifikasi domestik pada penghujung tahun lalu membuktikan Sarawak Energy Berhad (SEB) antara sebuah syarikat utiliti berprestasi tinggi, di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datuk Sharbini Suhaili berkata, kejayaan itu merupakan hasil daripada usaha dan sokongan yang berterusan daripada kerajaan negeri dan rakyat Sarawak.

"Kadar elektrifikasi domestik keseluruhan Sarawak meningkat kepada 99.4 peratus pada penghujung 2023.

"Ini membuktikan bahawa pencapaian SEB adalah sebagai sebuah syarikat utiliti prestasi tinggi di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Pusa Bersama SEB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini semalam.

Dalam pada itu, SEB akan memastikan bekalan elektrik semasa tempoh hari perayaan dapat berfungsi dengan cekap, di negeri ini.

Untuk itu, pihaknya giat melakukan pelbagai usaha bagi memastikan bekalan itu sentiasa berterusan terutamanya pada hari perayaan.

"Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, kami giat menrruskan usaha memastikan bekalan elektrik berterusan musim perayaan ini.

"Kami (SEB) komited memastikan sistem operasi berfungsi drngan baik selain bersedia bertindak sekiranya berlaku gangguan," katanya.

Dalam masa yang sama, Sharbini menasihati orang ramai untuk turut sama-sama melaporkan sekiranya berlaku perkara yang mencurigakan.

"Masyarakat boleh membuat pelbagai laporan termasuk gangguan bekalan atau kerosakan kabel dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan atau aplikasi 'SEB Cares'," jelasnya.

Mengenai perkhidmatan SEB, Sharbini berkata, sehingga kini lebih 90 peratus liputan elektrik telah disediakan di seluruh negeri ini.

"Sebagai pembekal elektrik utama Sarawak, SEB telah mencapai liputan bekalam elektrik sebanyak 98.4 peratus kepada masyarakat luar bandsr termasuk kawasan terpencil," tambah Sharbini.

Dalam majlis berkenaan, dia turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada badan-badan organisasi yang hadir pada acara berkenaan.

Antaranya ialah, Pusat Islam Tun Salahuddin Universiti Malaysia Sarawak, Masjid Darul Naim Kampung Lintang, Masjid Al-Ghazali Depo, Surau Darul Hijrah Perumahan Darul Hana, Surau Al-Kauthar Taman Puteri Santubong dan Surau Darul Hassan Sungai Periok.

Turut menerima sumbangan ialah Surau Darul Muhasibin Astana, Surau Darul Bahagia Kampung Tambirat Ulu, Pertubuhan Kebajikan Baiturrahmah Kuching, Pusat Jagaan Nur Murni dan Rumah Seri Kenangan, Kuching.

Terdahulu, lebih 500 tetamu yang hadir memeriahkan majlis berbuka puasa berkenaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.061561 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list