CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8470|Reply: 0

[Sabah] Lelaki tempatan miliki senjata api tiruan ditahan

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:22 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Antara senjata api tiruan milik suspek yang berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan.

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan selepas memiliki 16 laras senjata api tiruan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bandar Sri Perdana, di sini, semalam.

Suspek warga tempatan berusia 27 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu, jam 10.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai senjata tiruan berkenaan.

Katanya, bertindak dengan maklumat, pasukan serbuan menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan sebelum merampas tujuh senjata api tiruan jenis rifel.

“Turut dirampas sembilan pucuk pistol, lima paket peluru, dua unit tong gas gun, dua unit pengecas, dua unit fast loader, 14 unit kelopak sniper, tujuh unit kelopak pistol dan seunit kelopak sniper.

“Suspek dan rampasan kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan IPD Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azmi berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku bahawa senjata tiruan adalah miliknya dan dibeli melalui laman sosial Facebook.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak sesekali menjual, menyimpan atau memiliki sebarang jenis senjata api tiruan kerana ia menyalahi undang-undang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.602231 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list