CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8456|Reply: 0

[Sabah] Wakil Rakyat perlu war-warkan pendaftaran PMKS bagi dapatkan bantuan keusahawanan

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:23 PM | Show all posts |Read mode


EWON

KUALA LUMPUR: Wakil Rakyat diminta menghebahkan kepada usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di kawasan masing-masing agar mendaftar dengan pelbagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) seperti SME Corp bagi mendapatkan pelbagai bantuan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, selain pembiayaan, agensi di bawah KUSKOP melaksanakan pelbagai program pembangunan latihan dan bimbingan keusahawanan kepada usahawan termasuk usahawan mikro.

Ewon berkata, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) antaranya menyediakan program bimbingan untuk memperkasakan perniagaan usahawan sehingga mampu menembusi pasaran antarabangsa.

"Saya minta Ahli Yang Berhormat untuk war-warkan kepada PMKS di kawasan masing-masing, daftar dengan SME Corp melalui laman website SME Corp secara percuma. Dalam masa dua hari sepatutnya pendaftaran PMKS itu, sijil PMKS itu akan dikeluarkan," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini, kelmarin.

Ewon menjawab soalan tambahan Roshan Hashim (Kulim Bandar Baharu) yang bertanya apakah peranan KUSKOP bagi mengembangkan usahawan mikro selain daripada memberi pinjaman serta apakah peranan KUSKOP berkaitan masih ramai usahawan PMKS yang tidak mendaftar dengan SME Corp bagi mendapatkan pelbagai bantuan kewangan untuk perniagaan mereka.

Ewon berkata, KUSKOP telah melaksanakan pelan performalan usahawan informal tahun lalu dengan matlamat untuk mendaftarkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan informal di negara ini.

"Kita maklum sekitar 77 peratus daripada sekitar 1.2 juta perniagaan PMKS di negara kita ini terdiri daripada usahawan mikro dan memerlukan banyak bantuan termasuk bimbingan, pembiayaan dan sebagainya," katanya.

Menurut Ewon, kos pendaftaran sebagai syarikat PMKS di SME Corp, adalah percuma ketika ini.

"Di bawah SME Corp, kita telah menyediakan subsidi secara percuma, misalnya kita menampung kos untuk mereka mendaftar sebagai syarikat PMKS sebanyak RM100 yang ketika ini masih secara percuma kerana kita mendapat dana tambahan pada tahun lalu," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056887 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list