CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8379|Reply: 0

[Sabah] Segera laksanakan Projek Pan Borneo Fasa 3 Pedalaman Atas

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:28 PM | Show all posts |Read mode


BOBBEY

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Kerja Raya perlu melaksanakan segera Projek Pan Borneo di kawasan pedalaman atas Sabah memandangkan ia berhampiran dengan ibu kota Kalimantan-Nusantara.

Ahli Dewan Negara, Datuk Bobbey Suan berkata, daerah-daerah dalam kawasan Pedalaman Atas yang menghubungkan daerah seperti Tawau, Nabawan, Keningau, Tambunan dan Tenom perlu diberikan keutamaan dan didahulukan pelaksanaa Projek Pan Borneo di kawasan itu.

Beliau berkata, ia disebabkan kedudukan daerah-daerah itu yang dekat dengan Ibu Kota Negara Indonesia yang baharu dan dijangka akan dirasmikan pada 17 Ogos tahun ini sempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia, julung kalinya diadakan di Nusantara.

"Memandangkan keperluan dan peredaran masa, Projek Lebuh Raya Pan Borneo hendaklah dilaksanakan secara serentak tanpa menunggu siapnya Fasa 1 dan 2, kerana semua daerah itu adalah dalam Fasa 3 yang kita tidak tahu bila dimulakan perlaksanaannya", katanya  ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara, Kuala Lumpur pada Khamis.

Katanya, Indonesia merupakan sebuah kuasa baharu di rantau Asia Tenggara dan sebarang perubahan yang berlaku kepada negara itu pastinya akan memberi implikasi yang besar kepada negara-negara di sekitarnya, tidak terkecuali Malaysia.

Bobbey berkata, perpindahan ibu kota kuasa serantau Indonesia, bakal memberi kesan bukan sahaja kepada Malaysia dan Sabah khususnya, tetapi  juga bakal menjadi perhatian kepada kuasa-kuasa ekonomi dunia lain seperti Korea Selatan, China dan Jepun yang selama ini merupakan pemain ekonomi utama di wilayah ini.

"Tidak dinafikan bahawa perpindahan ini akan menjadi medan dan magnet baharu kepada pembangunan ekonomi dan geopolitik di rantau ini yang akan menyamai Metropolis Dubai di Emiriah Arab Bersatu dan Metropolis Shenzen di China," katanya.

Katanya, seecara sinikal beliau melihat pihak Kerajaan Persekutuan masih tidak serius dalam menangani isu kelewatan pelaksanaan Projek Pan Borneo di Jajaran Wilayah Sabah yang melibatkan isu pengambilan balik tanah, masalah kontraktor dan sebagainya.

"Sehingga hari ini, pelaksanaannya masih sangat lambat dan menimbulkan kemarahan para pengguna jalan raya di Sabah", tegasnya.

Bobbey sekali lagi mengulangi gesaan agar Kerajaan Persekutuan menaik taraf Klinik Kesihatan Daerah Nabawan kepada Hospital Daerah Nabawan.

Katanya, Kerajaan Madani melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan perlu bekerjasama dan duduk semeja mengenepikan 'red tape' bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf itu dalam tahun ini.

Menurutnya, penaiktarafan itu adalah sesuai dengan status Nabawan sebagai Daerah Penuh dan seiring dengan pertambahan penduduk Nabawan yang sudah mencecah tiga puluh ribu lebih orang penduduk.

Menyentuh isu miskin tegar Sabah yang masih tinggi iaitu enam kali ganda lebih tinggi daripada kadar nasional, Bobbey  menyokong pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional  (TVET) menjadi salah satu komponen yang penting untuk menoktahkan kemiskinan tegar tertinggi di lapan daerah termiskin di Sabah.

"Setelah tamat pengajian, para syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat swasta di dalam daerah berkenaan boleh terus mengambil para graduan TVET ini untuk bekerja dengan sasaran gaji permulaan minimum RM1800 sehingga RM3000 sebulan," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/22/segera-laksanakan-projek-pan-borneo-fasa-3-pedalaman-atas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.078681 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list