CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8395|Reply: 0

[Sabah] Polis tahan lelaki miliki 16 laras senjata tiruan

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:30 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Senjata api yang dirampas di kediaman suspek.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang memiliki senjata api tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu pada jam 10.30 pagi Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)  Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner, Azmi Abd Rahim berkata, suspek yang ditahan adalah warga tempatan berumur 27 tahun.

Katanya, bertindak dengan maklumat, pasukan serbuan dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan sebelum merampas tujuh senjata api tiruan jenis rifel.

“Turut dirampas tujuh pucuk pistol, lima paket peluru, dua unit tong gas gun, dua unit pengecas, dua unit fast loader, 14 unit kelopak sniper, tujuh unit kelopak pistol dan seunit kelopak sniper.

“Suspek dan rampasan kemudian dibawa ke BSJD IPD Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati, suspek mengaku bahawa senjata tiruan adalah miliknya.

“Suspek juga mengaku mengaku senjata terbabit dibeli secara atas talian melalui laman sosial Facebook.  

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 36  Akta Senjata 1960,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.064072 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list