CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8397|Reply: 0

[Sabah] IPD Kudat laksana walkabout, buka puasa bersama barisan hadapan

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:31 PM | Show all posts |Read mode


MESRA: Mohd Haris mengedarkan risalah keselamatan kepada salah seorang peniaga bazar Ramadan Kudat.

KUDAT: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat mendekati masyarakat melalui program tinjauan mesra atau walkabout di bazar Ramadan Kudat.

Ketua Polis Daerah Kudat Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, program terbabit lebih menimbulkan keyakinan masyarakat terutama peniaga bazar Ramadan dengan kehadiran polis di lokasi.

“Sepanjang program dijalankan, polis turut mengedarkan risalah keselamatan berkaitan kesedaran terhadap isu-isu jenayah termasuk jenayah Komersil, Narkotik, kesalahan lalulintas Trafik dan kepentingan Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Program bermula jam 5 hingga 7 malam pada Khamis lalu mendapat sambutan yang baik dan memberansangkan daripada peniaga serta pengunjung yang hadir di bazar Ramadhan Kudat,” katanya.

Mohd Haris berkata, pada program sama, turut diadakan sesi berbuka puasa bersama barisan hadapan atau 'Frontliner' sebagai satu pendekatan yang holistik bagi beliau sebagai Ketua Polis Daerah bersama Ketua-ketua Bahagian serta Ketua Polis Balai hadir bersama.

“Sesi berbuka puasa ini juga memastikan motivasi anggota 'Frontliner' yang bertugas di lapangan sepanjang bulan Ramadan berada ditahap yang baik dan sentiasa ikhlas menjalankan tugas serta menjaga integriti dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (KBPJKKD) Asisten Superintenden Rugis Lidom, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD) Asisten Superintenden Azly Fauzan Othman, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Asisten Superintenden, Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) Asisten Superintenden Muhammad Shopian Kolla, PPMO Kudat  Asisten Superintenden Arman Awang Asal, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan (KBSPTD) Inspektor Hendrikus Pati Kopong, KBSPTD, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (KBIPS) Daerah Inspektor Dely Azuan Mansor dan KBSJKD Inspektor Yap Kean Leong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060476 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list