CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8675|Reply: 0

[Sabah] Ayuh imarahkan masjid, surau dengan tadarus

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:32 PM | Show all posts |Read mode


SOLAT: Ruslan bersama jemaah menunaikan solat Terawih di Masjid Kg Jabang.

BEAUFORT: Pengerusi-pengerusi masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan diminta supaya mempergiatkan lagi aktiviti penghayatan al-Quran dengan melaksanakan program tadarus.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, ia merupakan usaha yang diperkenalkan beliau sejak menjadi wakil rakyat di kawasan DUN Lumadan, selain daripada aspek pembangunan.

Mengulas lanjut Ruslan berkata, sempena bulan Ramadan tahun ini beliau menekankan kegiatan bertadarus kerana banyak fadhilat dan pahala malah berganda apabila membaca al-Quran di bulan mulia yang penuh keberkatan dan rahmat.

"Ini (tadarus) belum pernah dilakukan oleh pemimpin sebelum ini. Inilah pembawaan kita, perubahan yang dibawa kita bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi juga amalan sebagai seorang muslim, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa di Surau Kampung Kukup dekat sini pada Khamis.


ALBUM: Ruslan merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian jemaah di Surau Kg Kukup.

Dalam pada itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, beliau bukan sahaja menekankan tadarus di bulan Ramadan tetapi juga bulan lain namun lebih baik dilakukan ketika Ramadan kerana ganjaran pahalanya berlipat ganda.

Katanya lagi, saranan itu adalah bagi menggalakkan lagi penglibatan generasi muda dalam tadarus yang diyakini bukan sahaja dapat melatih diri mengalunkan ayat suci tetapi juga secara tidak langsung menjadikan kita umat yang istiqamah.

Jelas beliau, apabila diakhirat nanti umat Islam akan ditanya siapa imam kita dan sudah tentu kita akan jawab dengan mengatakan imam kita adalah kitab suci al-Quran, justeru sebaiknya para umat menanamkan tekad serta usaha agar dapat khatam dengan membaca serta bertadarus al-Quran.

"Marilah kita umat Islam beramai-ramai baca al-Quran lebih-lebih lagi di bulan Ramadan dan bersama-sama mengimarahkan masjid dan surau dengan terawih serta tadarus kerana itulah panduan kita sebagai umat Islam, " katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054914 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list