CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9127|Reply: 0

[Sarawak] https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/22/ayuh-imarahkan-masjid-surau-dengan-tadarus-ruslan

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:33 PM | Show all posts |Read mode


Beberapa individu utama yang berkepentingan dari JHS, STIDC, HTSB dan STA dalam gambar berkumpulan setelah menjalin kerjasama untuk memacu industri perhutanan dan perkayuan di Sarawak.

KUCHING: Empat pihak utama yang berkepentingan dalam sektor perhutanan telah menjalin kerjasama erat pada Hari Hutan Antarabangsa 21 Mac 2024 bagi mengesahkan komitmen bersama untuk memacu industri perhutanan dan perkayuan di Sarawak.

Menurut satu kenyataan bersama pada Khamis, empat pihak ini terdiri daripada Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA).

Menerusi kerjasama tersebut katanya, keempat-empat entiti berkenaan komited memastikan kemampanan industri perhutanan dan perkayuan di Sarawak di samping dapat terus memupuk pertumbuhan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan.

” Sebagai pemegang kepentingan utama dalam sektor perhutanan, JHS, STIDC, HTSB dan STA telah menjalin kerjasama yang erat dalam mengatasi halangan di peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus menghasilkan pencapaian penting untuk kesejahteraan industri perkayuan Sarawak.

” Bersatu dalam dedikasi, kita berhasrat untuk memudahkan pembangunan mampan bagi kesihatan jangka panjang hutan di negeri demi kesejahteraan generasi sekarang dan akan datang,” ujarnya.

Tambahnya, menyedari kepentingan menangani cabaran yang mendesak, JHS, STIDC, HTSB dan STA secara kolektif komited untuk terlibat secara aktif dalam inisiatif yang bertujuan menggalakkan amalan pengurusan hutan mampan dan bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Selain itu katanya, pihaknya juga akan meneroka pendekatan inovatif, memanfaatkan teknologi termaju dan meningkatkan strategi yang menyokong pengurusan hutan mampan, selain memperkukuh kebolehsesuaian industri sebagai tindak balas kepada cabaran.

JHS, STIDC, HTSB dan STA katanya, juga komited menggalakkan secara berterusan piawaian penuaian yang bertanggungjawab serta kemampanan merentas semua aspek industri perkayuan, daripada operasi huluan kepada aktiviti hiliran.

” Dalam menyambut Hari Hutan Antarabangsa, JHS, STIDC, HTSB dan STA berikrar untuk memperbaharui komitmen kolektif bersama untuk menjaga hutan negeri dengan semangat kerjasama.

” Menerusi bekerjasama, kita membayangkan masa depan membabitkan sektor hutan dan perkayuan Sarawak yang bakal berkembang maju secara mampan, menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan sosio-ekonomi untuk generasi sekarang dan akan datang,”katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.268102 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list