CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9651|Reply: 0

[Sarawak] Lapan tahanan warga Filipina dipindah dari depot Semuja ke Baitul Mahabbah Bekenu

[Copy link]
Post time 22-3-2024 08:35 PM | Show all posts |Read mode


Tahanan warga Filipina tiba di Baitul Mahabbah Bekenu selepas dipindahkan dari Depot Imigresen Semuja, Serian. – Ihsan Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

MIRI: Seramai lapan tahanan warga Filipina dipindahkan dari Depot Imigresen Semuja, Serian ke Baitul Mahabbah Bekenu di Depot Imigresen Bekenu, dekat sini pada Khamis.

Menerusi hantaran di Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, prosedur pemindahan tahanan terdiri daripada seorang lelaki, tiga wanita dan empat kanak-kanak itu melalui pengangkutan darat bermula jam 4 pagi.

“Terdahulu, lapan tahanan warga Filipina ini merupakan tahanan di Depot Imigresen Semuja, Serian.

“Baitul Mahabbah Bekenu merupakan salah satu inisiatif JIM dari segi penyediaan kemudahan yang lebih selesa bagi menempatkan kanak-kanak dan ahli keluarga yang ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya pada hantaran berkenaan.

Sementara itu pada hari yang sama, Pengarah Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan Ibu Pejabat JIM Putrajaya Nor Azizah Mohamad mengadakan lawatan kerja ke Baitul Mahabbah Bekenu.

Semasa lawatan itu, tinjauan dilakukan ke sekitar kawasan dan premis Baitul Mahabbah Bekenu untuk melihat kesiapsiagaan fasiliti dan menyantuni pegawai JIM Sarawak yang bertugas.

Usai tinjauan ringkas itu, Nor Azizah kemudiannya mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Peluncuran Baitul Mahabbah yang akan beroperasi secara rasmi dalam masa terdekat.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Imigresen Malaysia (Pengurusan) Sarawak Ibrahim Jack yang juga bertindak sebagai pengerusi bersama mesyuarat tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054137 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list