CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5217|Reply: 0

Impian Eriksson terlaksana, kemudi Liverpool dalam aksi amal

[Copy link]
Post time 23-3-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode

ERIKSSON akan membimbing pasukan Liverpool. FOTO Reuters

London: Bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson berkata ia 'seperti mimpi' untuk mengendalikan Liverpool bagi perlawanan amal menentang Ajax di Anfield.

Warga Sweden berusia 76 tahun itu mendedahkan pada Januari mempunyai tempoh setahun untuk hidup selepas didiagnosis menghidap kanser pankreas.

Pada masa itu, bekas bos Manchester City dan Lazio itu mendedahkan cintanya sepanjang hayat untuk Liverpool dan bagaimana beliau sentiasa berhasrat untuk menjadi pengurus kelab itu suatu hari nanti.

Liverpool bertindak balas dengan mengumumkan Eriksson, yang membimbing England ke suku akhir Piala Dunia 2002 dan 2006, akan menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan mereka untuk perlawanan menentang Ajax.


"Ia seperti mimpi," kata Eriksson pada sidang media praperlawanan.

"Semasa saya menjadi pengurus saya selalu bermimpi mengenai Liverpool, tetapi itu tidak pernah berlaku. Ia dekat sekali, adalah beberapa perbincangan sekali, bertahun-tahun yang lalu. Ia tidak pernah berlaku. Tetapi sekarang ia berlaku!

"Apabila mereka bertanya, saya fikir ia adalah gurauan. Saya berkata sudah tentu, dan kemudian ia adalah amal, yang menjadikannya lebih indah.

Eriksson menjelaskan cintanya terhadap Liverpool berasal daripada bapanya yang menjadi peminat kelab itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ool-dalam-aksi-amal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.047675 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list