CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32514|Reply: 0

Silhavy resah hadapi Harimau Malaya di Stadium Nasional

[Copy link]
Post time 23-3-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Silhavy (kiri) meraikan kejayaan menewaskan Malaysia bersama pemainnya. - Foto AFC

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy menjadi individu paling lega dan gembira ketika pasukannya menewaskan Malaysia 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, semalam.

Apa tidaknya, ia perlawanan sulung buat pengendali dari Republik Czech itu selepas dilantik mengemudi skuad kebangsaan Oman pada awal bulan lalu.

Silhavy bagaimanapun terpaksa menunggu hampir sejam sebelum Issam Al Sabhi meledak gol pertama pada minit ke-58 dan Muhsen Al Ghassani menambah jaringan kedua pada penghujung perlawanan.

Lulus ujian pertama, jurulatih berusia 62 tahun itu menjelaskan fokus seterusnya adalah melakukan persiapan bagi menghadapi Malaysia bagi aksi keempat Kumpulan D di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini.


Hadir selaku pasukan pilihan dan berada di ranking 80 dunia, Silhavy juga pasti enggan kegembiraan dan ujian keduanya bersama Oman dirosakkan dengan kekalahan kepada pasukan ranking 132, Malaysia.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain atas persembahan dan keputusan yang dilakar, sejak permulaan perlawanan pemain menunjukkan keinginan tinggi untuk meraih kemenangan.

"Tempoh persediaan sangat singkat tetapi dengan usaha keras pemain, kami berjaya memperoleh kemenangan. Kami mempunyai satu lagi perlawanan dalam beberapa hari akan datang dan kami akan bersedia untuk itu.

"Kami memulakan perlawanan dengan tekanan tinggi. Kami bermain dengan cara permainan kami dan berjaya menjaringkan gol yang diperlukan," kata Silhavy.

Oman kini memimpin saingan Kumpulan D selepas mengharungi tiga perlawanan, namun kedudukan mereka belum kukuh apabila terikat enam mata bersama Kyrgyzstan dan Malaysia yang berada di tangga kedua dan ketiga.
https://www.bharian.com.my/sukan ... di-stadium-nasional
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.254650 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list