CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7209|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin wanita diminta sertai Persidangan Wanita Antarabangsa: Christina

[Copy link]
Post time 24-3-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode


PROMOSI: Christina (tengah) menunjukkan poster Persidangan Wanita Antarabangsa 2024.

KOTA KINABALU: Semua pemimpin wanita diminta supaya menyertai Persidangan Wanita Antarabangsa 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 14-15 Ogos depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, persidangan itu disediakan untuk memberi manfaat kepada komuniti wanita tempatan di Sabah.

“Persidangan itu adalah satu lagi platform untuk golongan wanita membincangkan pelbagai topik bagi memberi manfaat masa depan mereka.

“Ia termasuklah topik pembangunan peribadi, kesihatan dan kesejahteraan, gaya kepimpinan, pemerkasaan ekonomi, dan isu lain yang berkaitan era teknologi serta pendigitalan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Christina berkata, kementeriannya akan menyokong persidangan yang bakal diadakan itu kerana ia adalah salah satu acara MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran) untuk tahun ini.

Terdahulu, rombongan Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) yang diketuai oleh presidennya Karen Wong membuat kunjungan hormat ke atas Christina pada Khamis lepas.

Karen berkata, persidangan itu akan menjadi pengalaman pembelajaran, perkongsian rangkaian yang hebat untuk eksekutif wanita dan peranan mereka dalam pengurusan, ahli perniagaan, usahawan, profesional serta untuk pegawai kerajaan.

Dalam kunjungan berkenaan, Karen turut menyampaikan jemputan kepada Christina untuk merasmikan persidangan itu nanti.

Persidangan itu dijangka akan mengumpulkan lebih 500 orang peserta daripada semua lapisan masyarakat di negeri ini.

Sementara itu, presiden terdahulu SWEPA merangkap Pengerusi Penganjur Sitti B. Damsal berkata persidangan itu akan berkisar kepada tiga tema iaitu memperkasakan pemimpin wanita, memecah halangan dan membentuk masa depan.

Katanya, objektifnya menjurus ke arah pembangunan profesional, membina rangkaian dan perkongsian, dan pertukaran budaya, antara bidang lain yang menjadi perhatian.

“Kami sedang dalam proses mencari rakan kongsi strategik dan penaja. Pelancaran projek akan berlangsung pada Mei, diikuti dengan aktiviti pemasaran dan promosi.

“Penceramah bagi acara itu nanti dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, India, Amerika Syarikat dan Australia,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden SWEPA Ophelia Domingo, Bendahari Jenny Lee, Ahli Jawatankuasa Jennifer Ho, Penasihat Undang-undang Melanie Tann, dan Emmie Luhiman dari Sekretariat persatuan itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048491 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list