CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6528|Reply: 4

[Tempatan] Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand

[Copy link]
Post time 24-3-2024 06:40 PM | Show all posts |Read mode
Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand​



Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.



RANTAU PANJANG - Musim kemarau ketika ini menyebabkan Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand di Kelantan mulai kering.

Tinjauan Sinar Harian mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Chabang Tiga Bagus, Lubok Gong, Lubok Stol dan sekitar Bukit Lata.



Jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.

Situasi itu menyebabkan penduduk setempat hanya perlu berjalan kaki untuk ke Thailand berbanding menggunakan bot sebelum ini.

Seorang penduduk, Muhammad Zailani Che Awang, 48, berkata, paras air Sungai Golok dilihat surut sejak dua minggu lalu apabila beting pasir mulai timbu.

"Ini merupakan perkara biasa setiap kali tibanya musim kemarau panjang apabila paras air Sungai Golok menurun dari 5 kepada 3.68 meter.



Ketika ini beting pasir di dasar sungai sudah dapat dilihat secara melalui mata kasar.

"Namun kali ini, air sungai kering ketika umat Islam menyambut Ramadan," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan pesta bermain air Sungai Golok tidak dapat dilakukan pada tahun ini.

Ujarnya, jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.

Seorang lagi penduduk Nasran Nasuha, 26, berkata, jika cuaca panas berterusan berkemungkinan lebih banyak lagi kawasan akan menjadi kering.





Situasi itu menyebabkan penduduk setempat hanya perlu berjalan kaki untuk ke Thailand berbanding menggunakan bot sebelum ini.

Menurut dia, ketika ini beting pasir di dasar sungai sudah dapat dilihat secara melalui mata kasar.

"Bagaimanapun, saya harap kemarau ini tidak berpanjang," katanya.
Bagi Mat Lazim, 60, keadaan itu sebenarnya boleh menyebabkan sempadan negara mudah dibolosi.




Jika hari biasa kawasan tersebut menjadi tarikan orang ramai yang mengambil kesempatan bermain air disebabkan ia cetek.

Menurut dia, melihat keadaan sekarang orang ramai hanya berjalan kaki sahaja tanpa perlu menaiki bot.

"Ini memudahkan aktiviti penyeludupan dilakukan.

Bagaimanapun kehadiran pihak berkuasa dapat membanteras aktiviti tersebut," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/article/656266/edisi/kelantan/sungai-golok-kering-jalan-kaki-sahaja-ke-thailand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Uiyoooo betul2 boleh jalan kaki!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tringat crita arwah nenek i berjalan kaki ulang alik seberang sungai ni waktu dulu2. saudara mara keturunan i yg x pernah i kenal ada ja kat belah sempadan thai. funny how sempadan tu mcm xde sempadan sgt dahulu kala.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
So kalau jalan kaki ke seberang sungai just hulur passport jelah dah boleh masuk kan? Takyah bersesak2 kt checkpoint?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 08:23 PM | Show all posts
sungai ni kalau seberang boleh buat masa kita lewat sejam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.136240 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list