CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22281|Reply: 168

[Tempatan] Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi

  [Copy link]
Post time 24-3-2024 09:33 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
Oleh KOSMO!
5 Mac 2024, 5:36 pm

PETALING JAYA – Pandai menguruskan wang dengan baik dan tidak berbelanja mengikut kehendak adalah tips berkesan bagi memastikan simpanan yang ada cukup untuk kesenangan pada hari tua serta hal-hal kecemasan.

Menerusi perkongsian pemilik akaun Facebook, Nur Fadhli Bassar, dia berkongsikan kisah seorang lelaki berusia 45 tahun yang mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lebih RM1 juta.

Katanya, lelaki tersebut merupakan kenalannya yang bekerja dalam sektor teknologi maklumat di ibu negara dan telah berkahwin serta mempunyai anak.

Jumlah simpanan yang dimiliki oleh seorang ketua keluarga dikongsikan Nur Fadhli di Facebooknya, malam tadi.

“Dia pergi balik kerja naik motosikal sahaja sebab tak nak ‘sangkut’ dalam kesesakan. Tamat belajar umur 23 terus kerja dan macam orang lain juga ada keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli rumah.

“Macam mana dia boleh kumpul sejuta dalam KWSP? Pertama, mesti ada kerja yang stabil dan gaji yang cukup.

“Kedua, kena mencarum dalam KWSP lah. Dia carum 11 peratus kemudian naikkan ke 12 peratus dan 13 peratus. Majikan dia pun mencarum juga. Berapa peratus aku tak tahu,” katanya.

Tambah Nur Fadhli, kenalannya itu bijak dalam menguruskan simpanan, meskipun pernah terkesan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, dia masih mampu meneruskan kehidupan bersama keluarga tanpa mengeluarkan wang KWSP.

“Tengok masa PKP dahulu berapa ramai terkesan, dia masih tidak terkesan, maka aku beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup.

“Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara ‘job hopping’ (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baharu). Dia dah tukar majikan lapan kali.

“Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk cari keberkatan). Bila berkat, Tuhan tambah lagi dan aku rasa dia ada juga buat projek sedekah jariah yang lain,” jelasnya.

Katanya, jika lelaki tersebut konsisten dengan cara pengurusan simpananya, sudah pasti dia mampu berpencen dengan pendapatan bulanan yang selesa.

“KWSP bagi dividen 5.4 peratus untuk 2023 dan dia dapat RM54,154. Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ini boleh belanja RM4,512 sebulan. Makan duit dividen sahaja, duit pokok sejuta tu tak payah usik pun tenang hidup.

“Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih RM2 juta dalam KWSP dia, ada harapan merasa pencen RM10,000 sebulan dan duit pokok RM2 juta tu tak luak langsung,” katanya. – KOSMO! ONLINE


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berita ini sudah keluar awal bulan tapi tertarik dengan kisah lelaki ini yang ada simpanan RM1 juta dalam KWSP. Cerita ini dipost balik di FB Says dan mengundang banyak komen.



Bagaimana lelaki ini boleh ada simpanan begitu banyak?
  • Naikkan caruman KWSP kepada 13%
  • Pergi dan balik kerja naik motosikal
  • Lompat kerja 8 kali utk naikkan gaji

Kisah ini mengundang banyak komen di FB








This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok hakak dah buat Maths. Possibru if dalam tempoh 22 tahun kau simpan RM 3,790.00 sebulan. Kau mesti hidup dengan tersangat frugal tersangat kedekut huntok mampu simpan duit sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang takde kabel memang le terpakse job hopping..  Lain la yang ade.  Naik berdesup tunggu je la kompeni sama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 09:54 PM | Show all posts
kwsp ni ikut gajimu...
bahagian mu 9%-11% bahagian majikan 9%-11%....
bukan dia yg buat simpanan....
lain la kalau tajuk brita ni....beliau nyimpan dlm ASB
apa ke bondo nya lak nak dijadikan inspirasi....
inspirasi suruh lompat2 keje adala...hahaha

kalau tinggi gaji....tinggi la caruman kwsp....
kalau rendah gaji....rendah la caruman kwsp....
itu pun kompom ke dia dpt merasa duit kwsp tu....

berat nanang sungguh brita ni...


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 24-3-2024 09:58 PM

Gaji dia mestilah byk kan,
Btw waris2 faraid dia tengok senyum jee
Kalau umur panjang merasa laa duit tu
Kalau idak org lain ler yg merasa
Teringat kat seorang kawan,masa tu dia berkira2 nak kuarkan duit kwsp masa pkp tu.
Bukannya dia takda duit tp saja la nk kuarkan konon nk tanam gigi.
Lagipun katanya teringin nak rasa duit hasil penat lelah keje teruk2 selama ni.
Iols igt kata2 dia kang kalau mati awal tak merasa plak kan
So dia amik la 10k tu ditakdirkan Tuhan dia meninggal tahun tu juga gara virus mai dr bandar Wuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kepompong at 24-3-2024 10:14 PM

macam ramai je org epf jota2 ??? org keliling i ramai je... termasuk kakak ipar yg kerja dari umur 18 lepas spm sebagai kerani tabung haji... tapi masa umur dia xx dpt naik pangkat jadi exec gaji puluh ribu (tak puluh sgt tapi lebih la 20k)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sangat larr logik umur baya gitu ada 1juta kalau gaji ko meletop kebabom. kalau stakat gaji 4/5k nanhadooo nak dpt camtu. even ms pkp tak keluarkan pun still sendu jugak amounnya.
benda blh kira kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kerja sektor teknologi maklumat mmg tgh masyuk skrg ni..bila lompat2 keje senang2 jer gaji naik berganda2..budak2 muda pun berebut nak ambil course sains com & IT. tp rasanya dlm 5 thn ni lagi maybe senario akan berubah bila AI makin develop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2024 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-3-2024 09:44 PM
Ok hakak dah buat Maths. Possibru if dalam tempoh 22 tahun kau simpan RM 3,790.00 sebulan. Kau mesti ...

Belanja dapur wife sediakan.....
Belanja anak wife sediakan.....
Duit wife, duit dia....
Duit dia, duit dia.....
Baru Boleh cium bau syurga.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup kejam sebegitulah time muda umur 20-30 kena pakai duit byk sbb nak beli rumah beli kereta travel bekeluarga byr habis ptptn tapi gaji begitu rendah utk adakan semua di atas, umur 30-59 bz dgn loan famili kerja, umur 55 baru merasa kwsp time tu dah sakit, duit dikumpul nothing jika sakit x kuat tindakkan smakin slow x boleh enjoy macam org muda yg ketika dulu umur 20-30 sgt perlukan duit yg byk
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 11:58 PM | Show all posts
kemungkinan kerja sales /commission basis atau glc top spt petronas.

ujung tahun bonus stengah tahun ke atas punya jenis.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Inspirasi apo... tak faham laaa article ni...

Kenapa jadikan dia inspirasi
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Show off la lagi. Jap lagi geng2 forex datang wassalamun ajelah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gaji besar oklahh logik simpanan sebegitu
Tapi gaji pun marhaen dan kau sanggup ikat perut tahan nafsu hidup sekadar ada2 je baik tak payah..belum tentu panjang umur untuk rasa nikmatnya..yang untung nanti waris ko je..yang belum tentu faham konsep infaq atas nama ko
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Inspirasi kobondo.. gaji tunggi campuq bonus lebat pun penyumbang.. artikel ni boleh buat org lain kemurungan
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak potong epf 14%.... Klu simpan cash asik korek je baik msk epf...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2024 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sattt.. itu total akaun 1 dan 2, kan?
Kalau dia carum 9%, majikan carum 12% kiranya about 20% bersamaan rm3790, maka gaji dia about rm18,950 sebulan.

Kalau dia ada kluaq duit akaun 2 utk beli umah, maka gaji more than that?

Pooddaahh laa.. sembang mcm gaji marhaen..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Alloh duit kwsp bkn duit asb. Kalau asb yela ptt la kagum sbb disiplin. Duit kwsp mmg la boleh beranak pinak sbb takleh keluar semua, setakat account 2 jah. Tambah kalau gaji bnyk, bonus lagi, interest tiap2 thn lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi 1 ade je majikan yg carum 16% bagi kat staff. Untongler khens.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2024 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 25-3-2024 01:46 AM
Sattt.. itu total akaun 1 dan 2, kan?
Kalau dia carum 9%, majikan carum 12% kiranya about 20% bersam ...

Kan dah tulis, dia naikkan caruman sendiri hingga 13%. Kata la majikan carum 12%, means monthly potongan dlm 25%. Tapi dia carum cuma 13% shj. Lepas tu kena kira compounding effect juga sbb tiap2 tahun dapat dividen & tak pernah dikeluarkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.089173 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list