CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4002|Reply: 0

[Dunia] Pencari harta karun jumpa nuget emas terbesar di Britain

[Copy link]
Post time 25-3-2024 09:44 AM | Show all posts |Read mode

Pencari harta karun jumpa nuget emas terbesar di Britain

  • Oleh KOSMO
  • 23 Mac 2024, 4:38
Saiz Nugget emas yang hampir sama dengan dengan duit syiling 50 pence Britain. – COURTESY MULLOCK JONES


LONDON – Seorang pencari harta karun menjumpai emas menyerupai nuget  yang dipercayai terbesar pernah ditemui di England, lapor saluran berita CNN.

Richard Brock menemui nuget emas seberat 64.8 gram itu di Bukit Shropshire dekat sempadan  Wales, kata firma lelongan Mullock Jones yang menganjurkan lelongannya kelmarin.

Saiz nuget  emas itu juga menyamai syiling 50 pence Britain.

Penemuan diberi nama Hiro’s Nugget itu mempunyai nilai anggaran antara £30,000 (RM179,620.8) hingga £40,000 (RM239,494.4), demikian menurut Mullock Jones yang berpangkalan di Shropshire.

“Hiro’s Nugget dianggap sebagai ‘penemuan yang luar biasa’, kata jurulelong  Ben Jones dari Mullock Jones kepada CNN
Lelongan nuget emas itu akan berakhir pada 1 April ini.

Menurut Jones, Hiro’s Nugget dipercayai nuget  terbesar pernah ditemui di England setakat ini, manakala beberapa penemuan lain pula lebih kecil  saiznya.

Pemegang rekod semasa nuget emas paling besar di Britain adalah  Reunion Nugget yang memiliki berat 121.3 gram dan ditemui di Scotland pada tahun 2019. – AGENSI





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.058973 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list