CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3855|Reply: 0

[Tempatan] Polis kesan warga emas hilang sejak pagi semalam

[Copy link]
Post time 25-3-2024 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Polis kesan warga emas hilang sejak pagi semalam

  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 23 Mac 2024, 5:59 pm




Polis kini mengesan Maryati yang dipercayai hilang sejak pagi semalam di Kampung Gaing Baru, Pedas, di sini. - IHSAN POLIS


REMBAU – Polis kini sedang mengesan seorang wanita warga emas yang dipercayai hilang sejak pagi semalam di Kampung Gaing Baru, Pedas, di sini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, wanita berkenaan, Maryati Wagimin, 86, iaitu warga Indonesia disedari tiada dalam bilik sejak pukul 7.30 pagi.

Menurutnya, lokasi terakhir warga emas berkenaan dilihat orang awam ialah berhampiran Masjid Kariah Sepri dan laporan polis telah dibuat oleh cucu warga emas berkenaan di Balai Polis Pedas, hari ini.

“Ibu serta isteri pengadu telah mencari di sekitar Pekan Pedas, Taman Koperasi dan Pekan Rembau tetapi tidak jumpa.

Warga emas ini tidak ada penyakit serius tetapi perangai seperti kebudak-budakan dan mudah lupa atas faktor usia.

Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mejar Mohd Nor Ahmad di nombor telefon 06-6851232 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.076319 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list