CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3998|Reply: 0

[Tempatan] Anak koma, ibu sakit jantung​

[Copy link]
Post time 25-3-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode

Anak koma, ibu sakit jantung​
  • Oleh NOOR HAYATI MAMAT
  • 25 Mac 2024, 8:35 am


Nasuha memberi susu kepada anaknya, Muhammad Hakim Firdaus yang kini koma selepas terlibat dalam kemalangan ketika ditemui di Kampung Pantai Ali, Hulu Terengganu baru-baru ini.

HULU TERENGGANU – Seorang wanita di Kampung Pantai Ali di sini berdepan detik sukar apabila perlu menjaga anaknya yang koma akibat kemalangan, namun pada masa sama berjuang untuk dirinya sendiri yang menghidap masalah jantung.

Nasuha Abdullah, 53, berkata, anak lelakinya, Muhammad Hakim Firdaus Samsudin, 16, koma sejak empat bulan lalu selepas terlibat dalam kemalangan ketika membonceng motosikal ditunggang abangnya, Muhammad Naim Aiman, 18, pada Disember lalu.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan kepala Muhammad Hakim Firdaus terhantuk ke atas jalan tetapi Muhammad Naim Aiman cuma cedera ringan.

“Dia yang tidak sedarkan diri selama sebulan termasuk lapan hari di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Setakat ini, sukar untuk memastikan peluang anak saya untuk sembuh walaupun doktor menjangkakan dia kemungkinan akan sedar enam bulan lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Ali di sini baru-baru ini.

Menurut ibu kepada empat anak itu, Muhammad Hakim Firdaus terlantar di atas katil sepanjang masa dan perlu memakai lampin pakai buang serta minum susu khas yang menelan belanja hampir RM3,000 sebulan.

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga kesempitan wang ekoran suaminya, Samsudin Someh, 56, hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

“Lebih parah apabila suami sering tidak dapat keluar bekerja kerana mempunyai masalah jantung tersumbat,” katanya.

Nasuha berkata, dia pula bergantung kepada ubat kerana mempunyai masalah injap jantung bocor, manakala anak bongsunya, Nur Kasih Damia Suhada,14, merupakan golongan orang kurang upaya kategori pelbagai.

Ujar Nasuha, dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM700 sebulan yang dapat meringankan beban mereka sekeluarga.
“Ikutkan tidak cukup, duit sewa rumah RM150 sebulan pun sudah lebih setahun tertunggak.

“Kos sewaan ambulans sebanyak RM280 bagi membawa Muhammad Hakim Firdaus menjalani pemeriksaan berkala di hospital pun biasanya dibayar atas ihsan penduduk kampung,” katanya.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun bank Nasuha bernombor 11104-29-00018057-9 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 016-225 6589.

www.kosmo.com.my











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.046694 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list