CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9696|Reply: 1

[Kelantan] Bukan ayam masak merah 'biasa-biasa'

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 10:03 AM | Show all posts |Read mode

Syahbuddin menyantuni masyarakat Orang Asli pada Majlis Berbuka Puasa Sempena Program Kampungku Bersih di Pos Mandrod, di sini, semalam. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Menu masakan ayam masak merah mungkin dianggap juadah biasa. Namun berbeza bagi masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Mendrod apabila hidangan itu dianggap amat istimewa dan hanya boleh dinikmati pada hari tertentu.

Bagi meraikan Majlis Berbuka Puasa Sempena Program Kampungku Bersih, seramai 35 penduduk Pos Mendrod bergotong royong memasak juadah istimewa itu untuk berbuka puasa.

Penduduk, Angah alang, 40, berkata, kebiasaannya juadah berbuka puasa mereka adalah ubi kayu dan sayur-sayuran yang ditanam sekeliling kampung.

Katanya, menu masakan ayam amat jarang dinikmati mereka berikutan faktor kewangan selain bilangan ahli keluarga yang ramai.


"Setiap kali berbuka puasa, hidangan kami hanya ala kadar. Cukup sekadar untuk mengenyangkan. Nak makan ayam memang susah, kalau ada pun ayam hutan yang ditangkap sendiri.

"Tapi bila ada program sebegini, kami rasa seronok terutama kanak-kanak sebab mereka boleh memakan ayam. Hari ini saya masak ayam masak merah bersama sayur lemak untuk berbuka nanti.

"Semua bahan mentah ini disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Mereka menyediakan sebanyak 50 kilogram (kg) beras dan 80 ekor ayam serta bahan masakan lain," katanya ketika ditemui di Pos Mandrod di sini, semalam.

Program anjuran JAKOA itu turut mendapat kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Khidmat ADUN Galas bagi menyediakan makanan kepada kira-kira 500 penduduk Pos Mandrod.

Turut hadir Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.

Menurut Syahbuddin, beliau bersyukur apabila program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk termasuk bukan beragama islam.

"Ini adalah salah satu cara dakwah untuk penduduk di sini yang 50 peratus daripadanya bukan beragama islam.

"Malah saya difahamkan mereka yang bukan beragama islam juga turut makan bersama-sama ketika majlis berbuka puasa bagi menghormati umat islam beragama islam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-merah-biasa-biasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 12:34 PM | Show all posts
Suka dengan masakan ayam merah ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.087499 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list