CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9672|Reply: 1

[Terengganu] Anggota Perhilitan cedera diserang gajah liar

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba membawa seorang anggota Perhilitan Terengganu yang cedera selepas dirempuh seekor gajah liar di Hutan Felda Cerul, Cheneh, Kemaman. FOTO ihsan BOMBA

Kuala Terengganu: Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu cedera akibat dirempuh seekor gajah liar di Hutan Felda Cerul, Cheneh, Kemaman.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 50-an bersama lapan lagi anggota Perhilitan sedang membuat pemantauan hidupan liar di kawasan hutan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd Hafiezul Mohamad berkata, seramai 14 anggotanya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.06 petang semalam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan.


"Mangsa terpaksa dibawa keluar dari hutan itu menggunakan alat pengusung sejauh kira-kira dua kilometer.

"Mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diserang-gajah-liar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 12:33 PM | Show all posts
Semoga abang perhilitan mendapat rawatan yang terbaik ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.070236 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list