CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9192|Reply: 1

[Kelantan] 10 ekor lembu berkeliaran di jalan kawasan kemalangan ditangkap

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Anggota penguat kuasa MDGM melakukan operasi menangkap haiwan rayau di kawasan 'hotspot' kemalangan. Foto ihsan MDGM

GUA MUSANG: Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menangkap 10 ekor lembu berkeliaran di atas jalan raya di kawasan 'hotspot' kemalangan bagi tempoh Januari hingga awal bulan ini.

Setiausaha MDGM, Ahmad Hamdan Ubaidah, berkata dalam Operasi Tangkapan Haiwan Rayau (Lembu) yang terbaru dilakukan, pihaknya menangkap lima ekor lembu berkeliaran diatas jalan raya.

Katanya, operasi bersepadu itu turut mendapat kerjasama Jabatan Veterinar serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

"Kawasan hotspot yang dipantau adalah Jalan Sungai Asap-Limau Kasturi, Jalan FELDA Chiku 3-FELDA Chiku 7, Jalan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3-RKT Kesedar Chalil, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dan Jalan Sungai Terah-Kampung Meranto.


"Dalam operasi awal bulan ini, kami menangkap empat ekor lembu betina dan seekor lembu jantan di kawasan FELDA Chiku 7, FELDA Chiku 2 dan Taman Agropolitan Rantau Manis.

"Operasi itu membabitkan 20 anggota Jabatan Penguatkuasaan MDGM, Jabatan Veterinar dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Gua Musang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Hamdan berkata, pemilik lembu boleh membuat penebusan haiwan terbabit dalam tempoh tujuh hari mengikut prosedur ditetapkan.

"Operasi akan diadakan berterusan dan berjadual memandangkan terdapat banyak kes kemalangan jalan raya membabitkan haiwan rayau dilaporkan di daerah ini sejak akhir-akhir ini.

"Pemilik haiwan ternakan perlu bertanggungjawab menjaga haiwan peliharaan dengan baik dan tidak menimbulkan gangguan sehingga mengancam nyawa dan keselamatan orang awam," katanya.

Pada 25 Februari lalu, media melaporkan seorang suri rumah meninggal dunia selepas tiga hari dalam rawatan selepas motosikal dinaiki merempuh lembu berkeliaran di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran RKT Kesedar Paloh 3 pada 21 Februari.

Mangsa, Fazleeen Mohd Yusoff, 31, yang parah di kepala, meninggal dunia pada jam 1.10 pagi ketika dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
https://www.bharian.com.my/berit ... emalangan-ditangkap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 12:26 PM | Show all posts
Haiwan ni jika dibiarkan begitu sahaja boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.125215 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list