CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9054|Reply: 0

[Terengganu] Kerajaan beku permit pemindahan padi keluar dari Terengganu

[Copy link]
Post time 26-3-2024 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengarahkan semua permit pemindahan padi keluar daripada negeri ini, dibekukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi, Dr Azman Ibrahim, berkata arahan itu antara mekanisme kawalan bagi mengelakkan hasil padi negeri dijual ke negeri lain.

Katanya, pemindahan padi tanpa permit adalah satu kesalahan dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.

"Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Padi negeri mempunyai mekanisme kawalan bagi mengelakkan hasil padi daripada negeri ini dijual ke kilang di negeri lain.

"Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) tidak akan membayar subsidi harga padi kepada petani yang menghantar hasil tanamannya ke kilang di negeri lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Dr Azman berkata, Bahagian Kawalselia Padi dan Beras diminta untuk terus menjalankan rondaan serta pemeriksaan berkala di sempadan bagi memastikan tiada pelanggaran arahan dan kesalahan dilakukan.

Katanya, BERNAS juga secara berkala akan membuat pemeriksaan bagi memastikan harga lantai belian padi iaitu RM1,300 bagi satu tan di kilang dalam negeri mengikut ketetapan harga kawalan seperti ditetapkan.

"Kita negeri pertama yang mengawal hasil padi daripada dijual keluar dari negeri ini dan justifikasi kawalan itu adalah disebabkan ketidakcukupan padi dalam kalangan pengilang tempatan dan hasil padi dalam negeri.

"Terdapat empat kilang padi yang beroperasi di seluruh negeri ini dan tiga daripadanya adalah milik Bumiputera," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... uar-dari-terengganu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.066558 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list