CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6593|Reply: 1

[Kelantan] 'Beli air soya, dapat doh tepung'

[Copy link]
Post time 26-3-2024 06:12 PM | Show all posts |Read mode
'Beli air soya, dapat doh tepung'

OlehADILA SHARINNI WAHID

26 Mac 2024 05:51pm




Air soya yang likat seperti doh.




KOTA BHARU - Hasrat seorang wanita berbuka dengan air soya terbantut apabila minuman yang dibeli dari sebuah gerai itu didapati likat umpama bancuhan doh tepung.

Pemilik akaun Facebook Rose Wahida itu berkata, dalam keadaan panas dan dahaga nak berbuka puasa tetapi diberikan tepung pula.



“Ni orang panggil keno getah. Buka plastik nak minum air soya, tengok-tengok macam tepung jeput malas.

“Dia ni jangan sampai aku buka meja tepi mu jual soya, panas dan dahaga nak buka puasa, dia bagi tepung terus,” katanya dalam status yang dimuat naik dalam loghat Kelantan pada Isnin.



Dia bagaimanapun tidak memberitahu lokasi gerai air soya yang dibeli tersebut.

Perkongsiannya di laman sosial itu mendapat reaksi daripada kalangan netizen dan mencecah 2,000 tontonan.

Menerusi komen yang dibalas Rose Wahida memberitahu air soya tersebut mungkin dicampurkan dengan tepung menyebabkan menjadi sedemikian rupa.

Seorang rakannya, Azwan Nawza berkata, individu yang berbuat demikian hanya memikirkan semata-mata hingga menganiaya pembeli.


“Jenis berniaga nak untung jadi seperti inilah.

“Penat sungguh berniaga menganiaya orang ramai, minggu lepas saya sendiri kena, beli nasi kerabu telur masin bau busuk,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 08:26 PM | Show all posts
minum soya buat apa..

minumlah susu kotak.. dengan BERKAT susu dutch lady..





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.053741 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list