CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4639|Reply: 0

[Melaka] Polis berkas penghantar barang, rampas 41.28 kg ganja

[Copy link]
Post time 27-3-2024 09:27 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA dadah yang dirampas daripada lelaki berkenaan di

Melaka: Polis menahan lelaki disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan serta pengedaran dadah termasuk cecair vape mengandungi ganja di negeri ini.

Suspek berusia 45 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Melaka di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, arah selatan, Lebuh Raya Utara Selatan, 1.35 tengah hari, Ahad lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil risikan dijalankan polis mendapati sindiket terbabit mula aktif sejak awal 2023.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis ganja seberat 41.28 kilogram serta 300 unit cecair ganja dianggarkan bernilai RM130,971.

"Semua dadah ini yang dirampas ini dipercayai boleh digunakan oleh seramai 206,405 orang penagih," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Zainol, semakan rekod yang dijalankan mendapati suspek yang bekerja sebagai penghantar barang itu mempunyai satu rekod dadah lampau di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan ujian saringan air kencingnya adalah negatif.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula 24 hingga 30 Mac ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ampas-4128-kg-ganja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.055541 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list