CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1331|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki warga Thailand miliki 500 biji pil yaba

[Copy link]
Post time 27-3-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki warga Thailand miliki 500 biji pil yaba

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

27 Mac 2024 10:48am




Polis merampas 500 bil pil yaba dan dua botol heroin selepas menahan seorang lelaki warganegara Thailand di Kampung Pachakan, Cherang Ruku, Pasir Puteh pada Selasa.




PASIR PUTEH - Polis merampas 500 bil pil yaba dan dua botol heroin selepas menahan seorang lelaki warganegara Thailand di Kampung Pachakan, Cherang Ruku di sini pada Selasa.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan pada jam 7 malam selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah rumah tanpa nombor.



Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek membawa kepada penemuan pil yaba.

"Pada masa yang sama, kita turut menjumpai serbuk putih disyaki heroin.



"Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM6,100," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal polis ke atas air kencing suspek yang merupakan penganggur didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Ujarnya, suspek direman selama tujuh hari mulai Rabu untuk siasatan lanjut.

Zaizul Rizal memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.120987 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list