CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5222|Reply: 0

[Terengganu] Penduduk rakam gelagat beruang matahari cuba panjat pagar

[Copy link]
Post time 27-3-2024 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk rakam gelagat beruang matahari cuba panjat pagar

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR

27 Mac 2024 11:31am








Gelagat seekor beruang matahari yang cuba memanjat pagar.




KUALA NERUS - Gelagat seekor beruang matahari yang cuba memanjat pagar di kawasan perumahan berdekatan Tok Jembal di sini, sempat dirakam seorang penduduk dan tular di media sosial pada Rabu.

Video berdurasi 21 saat itu pada mulanya dikongsi pemilik akaun Ryu Watanabe menerusi laman Facebooknya pada Selasa.



Video berkenaan kemudiannya tular setelah dikongsi oleh sebuah lagi akaun media sosial pada Rabu dengan meraih tontonan lebih 47,000 dan dikongsi sebanyak 39 kali melalui platform berkenaan.

Video tersebut memaparkan aksi seekor beruang yang melintas kawasan rumah sebelum ditemukan terlekat pada pagar rumah berkenaan dipercayai di kawasan sekitar Tok Jembal.



Situasi itu mendapat pelbagai reaksi netizen malah ada yang bersimpati dengan nasib beruang itu kerana telah terpisah daripada habitat semula jadi haiwan tersebut.

Seorang pemilik Facebook dikenali sebagai Mastura Love berkata, cuaca panas ketika ini menyebabkan hidupan liar tersebut keluar dari habitatnya.

"Cuaca panas sekarang ini semua haiwan keluar dari hutan nak cari tempat selesa," ujarnya.

Selain itu, seorang pemilik Facebook bernama Pak Sudir melahirkan rasa simpati terhadap beruang tersebut yang memerlukan tempat baharu untuk didiami.




"Kesian pada beruang... musim kemarau macam ini banyak semak samun terbakar di sekitar Kuala Nerus. Ditambah pula cuaca panas terik dan kering mungkin beruang cari rumah baharu," ujarnya.

Sehingga kini, nasib beruang tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada ia telah kembali ke hutan atau masih tersesat di kawasan penempatan penduduk.Sinar Harian berusaha mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung kejadian itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061774 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list