CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4704|Reply: 0

[Pahang] Hanya 30 peratus pegawai, anggota bomba dibenarkan cuti raya

[Copy link]
Post time 28-3-2024 01:31 PM | Show all posts |Read mode
Hanya 30 peratus pegawai, anggota bomba dibenarkan cuti raya

OlehROSILAWATI ROSEDI

28 Mac 2024 01:00pm








Wan Mohamad Zaidi




TEMERLOH - Hanya 30 peratus pegawai dan anggota bomba di Pahang dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Bomba Pahang, Datuk Dr Wan Mohamad Zaidi Wan Isa berkata, buat masa ini terdapat 966 pegawai dan anggota di negeri tersebut.



Menurutnya, pembekuan cuti pegawai dan anggota itu akan berkuat kuasa minggu depan.


Wan Mohamad Zaidi (tengah, berdiri) bersama PBS yang hadir dalam majlis tersebut.




"Jadi jika 30 peratus dibenarkan bercuti kita masih mempunyai kira-kira 700 anggota yang masih bertugas.



"Ia adalah bagi memastikan aspek penugasan ditetapkan oleh jabatan dapat dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang cuti perayaan tidak lama lagi," ujarnya.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita sempena Majlis Penutupan Response Time bagi pasukan bomba sukarelawan (PBS) Zon II Pahang 2024 di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin di sini pada Rabu.

Jelasnya, seperti tahun sebelumnya, pegawai dan anggota akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan berisiko berlaku kemalangan.


"Langkah itu adalah bagi memudahkan pasukan bomba melakukan tugas menyelamat jika berlaku kejadian tidak diingini ketika cuti musim perayaan," tambah Wan Mohamad Zaidi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu taklimat kepada pasukan bomba sukarela juga sudah dilakukan sebagai persediaan menghadapi peralihan Monsun Timur Laut.

"Sekarang pun cuaca agak panas dan kita sudah memaklumkan kepada semua anggota bomba sukarela supaya bersedia jika berlaku kebakaran luar jangka seperti kebakaran hutan.

"Selain itu, pasukan bomba sukarela juga akan menjadi mata dan telinga bagi menyalurkan maklumat kepada pasukan bomba jika mereka mengesan aktiviti pembakaran terbuka," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049833 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list