CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5089|Reply: 0

[Pahang] Tengku Hassanal kurniakan kerusi kepada HTAA

[Copy link]
Post time 28-3-2024 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Tengku Hassanal kurniakan kerusi kepada HTAA


BERNAMA



TENGKU Hassanal berkenan mengurniakan 160 set kerusi menunggu kepada HTAA. FOTO Instagram this.7



Kuantan: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan 160 set kerusi menunggu kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Tengku Hassanal bertitah baginda berbesar hati mengurniakan set kerusi menunggu tersebut sebagai sumbangan kepada tempat keputeraan baginda.

"HTAA amat dekat di hati saya kerana sejak kecil saya dirawat di sini dan kakitangan hospital sangat bagus semasa menjaga saya dan keluarga.

"Saya berharap mereka dapat terus menjaga hospital dan para pesakit di sini dengan baik, sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan jika ada masalah, segera maklumkan kepada pihak kerajaan negeri," titah baginda pada Majlis Pengurniaan Kerusi Menunggu kepada HTAA.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kurniaan kerusi itu bagi menggantikan 135 set kerusi menunggu hospital yang rosak dan usang serta penambahan 25 lagi untuk memberikan keselesaan kepada pesakit dan ahli keluarga yang menunggu.

Pada masa sama, Tengku Hassanal bertitah petugas HTAA diharap dapat meneruskan khidmat cemerlang mereka dalam memberikan rawatan terbaik kepada rakyat negeri ini, serta berharap Kementerian Kesihatan dapat melihat dan membantu menaik taraf kesemua klinik dan hospital di Pahang.

Sebelum ini, tular video berdurasi 28 saat di media sosial yang memaparkan keuzuran kerusi ruang menunggu di Jabatan Kecemasan HTAA sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang membangkitkan hal ketidakselesaan pesakit dan ahli keluarga.

Kerajaan Pahang turut memperuntukkan sebanyak RM24,500 untuk pembelian 35 set kerusi panjang di ruang menunggu Jabatan Kecemasan hospital tersebut.



Disiarkan pada: Mac 28, 2024 @ 4:34pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048141 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list