CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13799|Reply: 15

[Tempatan] PADU: Wak Jahid kata hanya minoriti 22% anti-PADU

  [Copy link]
Post time 29-3-2024 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kasibiman at 29-3-2024 06:24 PM

Minta jasa baik poremer undi. Nak tahu jika anti-PADU itu minoriti spt dikatakan, terima kasih.




Single Polls, Total 27 Users voted

Poll is finished

85.19% (23)
14.81% (4)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2024 06:23 PM | Show all posts
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid


Bernama
Mac 28, 2024 22:42 MYT








BANTING: Usaha kumpulan minoriti khususnya mereka yang pernah berada dalam kerajaan menyerang dasar dan inisiatif yang diperkenal oleh Kerajaan MADANI perlu diberi perhatian serta dibendung, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata walaupun hanya segelintir, tindakan individu terbabit perlu diberi perhatian agar usaha kumpulan antigolongan berkuasa ini tidak mempengaruhi pemikiran majoriti rakyat sehingga memberi kesan kepada perancangan yang direncana oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat dan negara.


Merujuk isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai contoh, Ahmad Zahid berkata walaupun dasar itu adalah baik tetapi serangan yang dibuat oleh kumpulan terbabit telah memberi kesan kepada pendaftaran rakyat dalam sistem tersebut.


"Apabila kerajaan merancang melaksanakan kaedah subsidi bersasar serta memperkenal PADU dan pendaftarannya,
balingan kebencian dibuat dengan mengatakan Kementerian Ekonomi ingin menggali maklumat peribadi rakyat.

"Mereka ini tergolong dalam kumpulan minoriti atau tidak kurang 22 peratus daripada kumpulan antigolongan berkuasa yang akan menentang apa sahaja perkara baharu yang dibuat oleh kerajaan semasa," katanya.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata semua pihak dalam kerajaan perlu bergerak seiring bagi memastikan usaha kumpulan minoriti ini dapat dibendung kerana jika tidak, mereka akan menjadi umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.


Timbalan Perdana Menteri juga berkata kumpulan antigolongan berkuasa itu, yang gemar menggelar orang lain sebagai biawak hidup, sentiasa mencari salah orang lain dan menganggap diri mereka sahaja betul baik semasa dalam kerajaan mahupun ketika tidak menjadi kerajaan.


"Mereka ini masa dalam kerajaan ketuanya sentiasa salah dan bila di luar kerajaan, orang lain juga sentiasa disalahkan... ini yang harus dibendung sebab golongan sebegini memang ada dalam negara kita," katanya.


Justeru itu, Ahmad Zahid mengingatkan seluruh jentera kerajaan agar berpijak di bumi dan bekerja sehabis baik dalam melaksanakan amanah demi kesejahteraan rakyat serta negara.


"Untuk itu, setiap daripada kita perlu mengambil pendekatan bawah ke atas iaitu dekati rakyat di akar umbi dan guna maklumat diperoleh untuk rancang strategi memajukan golongan tersebut," katanya.


Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan watikah pelantikan Lembaga Penasihat GiatMara Selangor dan sumbangan duit raya kepada 132 pelajar tahfiz serta anak yatim dalam kariah Masjid As-Solihin.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
anti vaksin
anti padu
Dua2 aku boikot
Tak kebulur lah  dgn ko punye padu

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Engko la yg minoriti wak jahid oiii. Bila la dia ni msuk dalam
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
PADU...bila terbalikkan jadi U DAP
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:19 PM | Show all posts
kalau betul sekalipun, 22% adalah peratusan yang agak tinggi. kalau betul2 minoriti, sekitar 5% ke bawah. ataupun at least bawah dari 10%.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2024 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjawat awam takde pilihan kott.. data dah masuk pengkalan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo tny pendapat jujur aku lah. Padu ni buang masa. Cukup la da buang Ms isi lhdn. Maklumat lhdn tu kerajaan blh dpt direct Dr majikan kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
22 peratus still signifikan
Kita ni dah byk kali kne kencing sejak bbpa tahun lpas
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Wak tak abis2 main ugut2 eh...apa wak rs tergugat ke camner?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh haritu kata 30 juta telah didaftarkan
Dulu lapuiji kata subsidi hak rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah sgt ke nk bentang akta perkongsian maklumat antara agensi
Dan boleh masukkan pengikat keselamatan antara kerajaan dan yg mendaftar
Xkn nak teruskan juga risiko tanggung sdri
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2024 01:34 PM | Show all posts
Semoga sesiapa yang sudah daftar padu mendapat bantuan sebagaimana yang digembar gemburkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2024 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 30-3-2024 09:39 AM
Susah sgt ke nk bentang akta perkongsian maklumat antara agensi
Dan boleh masukkan pengikat keselama ...

Masalahnya risiko marhein tanggung.

Bank acc ada
.ic number ada
Tel number ada
Alamat ada
Emel ada

Lebih dari cukup utk mana2 scammer atau perampok buat keje dgn jayanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kt tt  ckp daftar Shopee x takut pulak data leak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2024 12:35 AM | Show all posts
Timbalan Perdana Menteri juga berkata kumpulan antigolongan berkuasa itu, yang gemar menggelar orang lain sebagai biawak hidup, sentiasa mencari salah orang lain dan menganggap diri mereka sahaja betul baik semasa dalam kerajaan mahupun ketika tidak menjadi kerajaan.


bercakap dgn cermin ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.191969 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list