CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4674|Reply: 0

[Perlis] Penyeludup lari tinggal guni ganja selepas kereta terbabas ke parit

[Copy link]
Post time 1-4-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad menunjukkan ketulan mampat ganja yang ditemui dalam kereta yang ditinggalkan selepas terbabas ke dalam parit kebun mangga di Padang Besar.

KANGAR: Sebuah kereta Honda City berwarna biru yang dibiar tersadai selepas terbabas ke dalam parit kebun mangga dekat Bukit Chabang, Padang Besar pada Khamis lalu, mencetus curiga masyarakat kawasan itu.

Anggota polis yang dihubungi kemudian melakukan pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu sebelum menemui 56 bungkusan disyaki ketulan mampat dadah jenis ganja dalam tiga guni yang diletakkan di tempat duduk penumpang belakang yang dianggarkan bernilai RM173,600.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim, berkata kejadian bermula sekitar jam 7.30 pagi apabila pemantauan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mengesan dua lelaki mencurigakan di laluan keselamatan Padang Besar berhampiran Kampung Kolam di Padang Besar.

"Lokasi berkenaan adalah sebuah jalan sempadan pagar keselamatan Malaysia-Thailand bersebelahan dengan Pekan Padang Besar, Thailand dan semasa pemantauan dilakukan terdapat individu tertentu sedang membawa masuk suatu bungkusan ke dalam kereta di mana ia dipercayai baharu sahaja dilempar dari arah negara jiran itu.


"Ketika sepasukan anggota PGA membuat risikan di lokasi berkenaan, mereka dapati kereta itu sudah pun bergerak keluar dari kawasan terbabit dengan agak laju menyebabkan pergerakannya tidak dapat dikesan.

"Namun begitu, sekitar jam 8.50 pagi, unit kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar menerima maklumat orang ramai berhubung keberadaan misteri sebuah kereta jenis Honda City yang mencurigakan di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis pada hari ini.

Muhammad berkata, Katanya, anggota polis yang berada di lokasi itu kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui tiga guni diletakkan di tempat duduk belakang penumpang kereta itu.

"Ketika ditemui, kereta itu sudah pun ditinggalkan oleh suspek dan pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat 56 bungkusan ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja dengan berat 56 kilogram.

"Kita percaya penemuan ganja ini mempunyai kaitan dengan kejadian pada awal pagi sebelum itu dan ganja ini pula dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan di negara ini," katanya.

Muhammad berkata, suspek terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta itu disebabkan ia mengalami kerosakan pada enjin serta 'bumper' kereta itu pula sudah pun tertanggal selepas suspek gagal mengawal kereta itu dan memasuki longkang di kebun buah-buahan itu.

"Kita mengesyaki bahawa bekalan ganja itu menjadikan Perlis sebagai transit serta laluan masuk bagi dadah berkenaan dan ia kemudian akan dibawa ke arah kawasan selatan tanah air untuk dipasarkan.

"Jumlah keseluruhan ganja yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 280,000 penagih dadah di negara ini dan gerakan memburu suspek kini giat dijalankan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-terbabas-ke-parit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.163404 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list