CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3942|Reply: 0

[Kelantan] Polis ubah strategi kawalan di kawasan Sungai Golok yang cetek

[Copy link]
Post time 1-4-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode

ZAKI Harun pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Polis Kelantan akan mengubah strategi kawalan sempadan di lokasi Sungai Golok yang cetek akibat musim kemarau bagi menangani kegiatan jenayah rentas sempadan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun enggan mendedahkan strategi yang dilakukan itu.

"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam. Untuk kawasan cetek, kita akan ubah strategi kawalan dan kita akan lihat hasilnya nanti.

"Lokasi yang mengalami air Sungai Golok cetek membabitkan beberapa kampung termasuk Jeram Perdah dan Gual Tok Deh di Rantau Panjang. Kawalan semestinya akan dipertingkatkan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Katanya, beliau juga sudah mengarahkan semua Ketua Polis Daerah dan Ketua Polis Balai supaya memperketatkan kawalan di barisan kedua kawasan sempadan.

"Ini kerana kebanyakan lokasi di barisan pertama dipertanggungjawab oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PGA," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, paras Sungai Golok yang menyusut disebabkan cuaca panas dan kemarau menyebabkan sekurang-kurangnya tiga lokasi di sungai itu cetek sehingga boleh dilalui dengan berjalan kaki.

Tinjauan mendapati lokasi cetek membabitkan Pangkalan Haram Padang Bola, Pangkalan Haram Pasir dan Pangkalan Haram Sharipah, di sini, yang mana air mula surut sehingga paras 0.3 meter, malah ada yang kering sehingga menampakkan dasar sungai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-golok-yang-cetek

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.325306 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list