CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6088|Reply: 0

[Kelantan] Beri alasan cari wang beli baju raya lepas dicekup cuba seludup diesel

[Copy link]
Post time 2-4-2024 02:02 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita yang memandu kereta jenis Proton Waja dicekup selepas cuba menyeludup sebanyak 95 liter minyak diesel di tepi jalan Chabang Empat, Tumpat kelmarin. -Foto KPDN

TUMPAT – Seorang wanita memberi alasan dia sedang mencari wang bagi membeli baju raya selepas dicekup ketika cuba menyeludup sebanyak 95 liter minyak diesel di tepi jalan Chabang Empat di sini kelmarin.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan kira-kira pukul 1 tengah hari menerusi Ops Bersepadu Pencegahan Penyelewengan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, anggota bertugas mengekori sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu suspek sejauh dua kilometer sebelum berjaya menahan kereta tersebut.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kereta itu kemudiannya menjumpai 95 liter diesel di dalam tong jerikin dan tangki tambahan yang telah diubah suai pada kereta tersebut.

“Suspek mengaku telah membuat pembelian pengisian diesel ke dalam tangki kereta tersebut yang diubah suai secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar daerah ini.

“Operasi mencegah ketirisan barangan kawalan akan terus dipertingkatkan dalam usaha membendung kegiatan penyeludupan diesel,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... uba-seludup-diesel/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.261849 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list