CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4990|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jalan Batang Kali-Genting Highlands belum buka Aidilfitri ini

[Copy link]
Post time 3-4-2024 11:17 AM | Show all posts |Read mode

Lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Jalan Genting, Batang Kali pada Disember 2022.

KUALA LUMPUR: Jalan Batang Kali-Genting Highlands berhampiran kawasan tragedi tanah runtuh yang mengorbankan 31 nyawa pada Disember 2022, belum dapat dibuka kepada orang awam pada cuti Aidilfitri ini.

Jurucakap Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, laluan itu masih ditutup bagi laluan orang awam kerana kerja pembaikan masih dilaksanakan sehingga kini.

"Kerja pembaikan sedang dilaksanakan... perbincangan dengan penguasa projek (SO) tempoh hari memaklumkan laluan masih ditutup pada orang awam," katanya kepada BH, di sini.

Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selepas tragedi tanah runtuh berlaku di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember 2022 sehingga mengorbankan 31 nyawa, manakala 61 mangsa terselamat.

Pada Disember 2022, KKR memaklumkan jalan Batang Kali-Genting Highlands dijangka ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja membaiki cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh dilakukan.

November tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Izham Hashim dilaporkan berkata, laluan itu dijangka dibuka selewat-lewatnya, bulan depan.

Projek pembaikan itu menelan kos sehingga RM19 juta dan sudah mencapai tahap 38.6 peratus siap sehingga November lalu.
https://www.bharian.com.my/berit ... buka-aidilfitri-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.053168 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list