CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4437|Reply: 0

[Johor] Bapa berdepan penjara 60 tahun cium, amang seksual anak bawah umur

[Copy link]
Post time 3-4-2024 01:55 PM | Show all posts |Read mode

BAPA tiga anak didakwa melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya dibawa ke Mahkamah Sesyen Muar, Johor hari ini.

MUAR – Seorang pengawal keselamatan berdepan hukuman penjara 60 tahun setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual kepada anak kandung yang masih bawah umur pada April tahun lalu dan Februari serta Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 58 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas ke atas kesemua pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu melakukan perbuatan tidak bermoral dengan memegang dada anak perempuannya berusia 14 tahun pada 24 April tahun lalu.

Bapa tiga anak itu didakwa mengulangi kesalahan lain pada Februari dan 16 Mac lalu dengan mencium mulut anaknya dengan tujuan seksual.

Tertuduh telah direman pada 26 Mac yang lalu di rumahnya, selepas pengadu yang dijaga oleh tertuduh dikunjungi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14, 14(a) dan Seksyen 16(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan sebatan jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim hari ini.

Mahkamah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir yang juga turut mencadangkan mangsa diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sementara kes sedang berlangsung untuk menjaga keselamatan mangsa.

Tertuduh tidak diwakili peguam ketika hadir ke mahkamah dan memohon meringankan jaminan kerana mempunyai masalah jantung yang teruk.

Mahkamah menetapkan tiada sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh memandangkan ia merupakan kesalahan serius dan melibatkan hubungan anak dan bapa kandung.

Mahkamah turut menetapkan 6 Mei depan sebagai sebutan semula dan penyerahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... al-anak-bawah-umur/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.137105 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list