CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4365|Reply: 0

[Selangor] Bantuan Aidilfitri AADK, MAIS untuk bekas penagih

[Copy link]
Post time 4-4-2024 09:59 AM | Show all posts |Read mode

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menyampaikan sumbangan bantuan barang keperluan kepada individu yang sedang menjalani pemulihan.

Kuala Selangor: Tidak hanya golongan asnaf dibantu malah bekas penagih dadah yang sedang menjalani rawatan turut menerima sumbangan bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

Terbaru seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.

Program anjuran AADK Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) bertujuan meringankan beban mereka sekali gus menyemarak suasana Ramadan serta Syawal kepada klien dalam komuniti AADK.

Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan berkata, program itu adalah acara tahunan diusahakan AADK bagi membantu bekas penagih yang kurang bernasib baik.


"Program seperti ini diadakan sebagai usaha menyokong pemulihan individu yang sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK). Mereka berada di bawah komponen sokongan sosial.

"Melalui program sebegini, kami berupaya mengeratkan hubungan antara AADK dengan klien serta keluarga klien yang menjadi kumpulan sokongan utama dalam usaha pemulihan sepanjang hayat," katanya di sini, semalam.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada klien AADK sempena dengan Program Kasih Ramadan AADK di Pejabat AADK Daerah Kuala Selangor.

Menerusi program itu, pelbagai aktiviti di bawah komponen psikospiritual diadakan bersama klien dan keluarganya seperti Khatam al-Quran, ceramah Ramadan, solat fardu dan solat sunat Tarawih berjemaah.

Dalam pada itu, Siti Mariam berkata, pelaksanaan program itu juga untuk meningkatkan kefahaman klien tentang aspek psikospiritual sebagai terapi kepada asas kepulihan.

"Dengan adanya program ini, kami percaya dapat meningkatkan kecerdasan emosi, kognitif dan tingkahlaku yang sering terganggu akibat masalah penagihan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... untuk-bekas-penagih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.875395 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list