CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4624|Reply: 0

[Kelantan] Perantau Kelantan disarankan pulang beraya guna jalan Gua Musang-Jeli: JKR Kelantan

[Copy link]
Post time 4-4-2024 10:02 AM | Show all posts |Read mode

Pengarah JKR Kelantan, Mohd Suhaili Ismail memasang lampu pengelip (blinker) di hadapan Taman Wangi di laluan Gua Musang-Kuala Lipis semalam. - foto BERNAMA

GUA MUSANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan menyarankan sebahagian daripada perantau agar menggunakan laluan FT04 iaitu jalan Gua Musang-Jeli sebagai laluan penyuraian trafik pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah JKR Kelantan, Mohd Suhaili Ismail, berkata pemandu yang menghala ke Rantau Panjang, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat, dinasihatkan agar menggunakan laluan terbabit bagi menampung jangkaan pertambahan mendadak kenderaan yang memasuki negeri ini melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis bermula Jumaat ini.

Beliau berkata langkah berkenaan merupakan inisiatif mitigasi daripada JKR dalam mengurangkan kesesakan jalan raya di pintu masuk utama Kelantan.

"Kebiasaannya pengguna jalan raya akan tertumpu kepada laluan Gua Musang-Kuala Krai (FT08), jadi kita minta kerjasama perantau untuk menukar laluan menggunakan jalan Gua Musang-Jeli (FT04).


"Beberapa papan tanda akan diletakkan untuk memaklumkan perantau supaya menggunakan laluan ini. Dengan ini, kita dapat mengurangkan jarak kesesakan jalan Gua Musang-Kuala Krai," katanya pada Mesyuarat Penyelarasan Trafik di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, semalam.



Pengarah JKR Kelantan, Mohd Suhaili Ismail menunjukkan pelan penyuraian trafik menggunakan laluan FT04 iaitu jalan Gua Musang-Jeli sebagai laluan perantau sepanjang musim perayaan Aidilfitri. - foto BERNAMA

Mengulas lanjut, Mohd Suhaili berkata sebagai langkah keselamatan dan pemantauan musim perayaan, kerajaan telah mewartakan larangan kenderaan berat menggunakan jalan raya bermula 8 April sehingga 14 April.

Justeru katanya, JKR Kelantan akan mula membuka laluan sempit di Bulatan Tanah Putih menghala ke Taman Wangi serta bandar Gua Musang.

"Laluan itu pada awalnya disempitkan bagi mengelakkan dimasuki kenderaan berat, namun bermula 6 April ini, kita akan melebarkannya semula sebagai persediaan menerima kemasukan kenderaan perantau yang dijangka mula pulang beraya bermula Jumaat (5 April) ini.

Berebut, potong barisan di sempadan Marapoh

"Kita juga minta kerjasama penuh daripada Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sekiranya perlu menempatkan anggota secara statik terutamanya di laluan sempit di sempadan Merapoh, Pahang dan Kampung Mentara, Gua Musang memandangkan lokasi tersebut kerap berlaku trafik yang tidak terkawal seperti berebut dan potong barisan," katanya.

Mohd Suhaili berkata JKR juga mengekalkan laluan dua hala dari Bulatan Tanah Putih menghala ke Taman Wangi sepanjang cuti perayaan ini.

"Sekiranya berlaku kesesakan melampau, kita akan mengumumkan makluman berkenaan perubahan kelak. JKR akan mengambil tindakan dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi semasa termasuklah menggunakan semula jalan alternatif seperti tahun sebelumnya," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... na-jalan-gua-musang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046532 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list