CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5853|Reply: 0

[Pahang] Peniaga rugi, ribut badai bazar Ramadan Felda Chemomoi

[Copy link]
Post time 4-4-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN kerusi, meja dan barangan jualan yang musnah akibat dibadai ribut di bazar Ramadan Felda Chemomoi di Bentong semalam.

BENTONG – Ribut dan hujan lebat membadai bazar Ramadan Felda Chemomoi di sini petang semalam menyebabkan beberapa khemah milik peniaga roboh dengan ada yang diterbangkan angin.

Kejadian mencemaskan itu berlaku kira-kira pukul 6.40 petang ketika bazar tersebut dipenuhi pengunjung yang sedang membeli juadah berbuka puasa.

Seorang peniaga nasi ayam, Mohamad Sharilan Abd Rahim, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku dengan pantas menyebabkan lebih 20 peniaga tidak dapat menyelamatkan juadah yang dijual.

“Angin sangat kencang sehingga terbangkan khemah selain menyebabkan kereta yang tereltak berhampiran kemik dipercayai ditimpa besi khemah.

“Banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh peniaga kerana makanan dan minuman telah rosak akibat terkena hujan malah barangan seperti kerusi, meja dan balang air turut pecah akibat kejadian itu,”katanya di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Saidatul Akma Mahmood, 35, berkata, kejadian ribut berkenaan disifatkan paling teruk dialaminya sejak lebih 13 tahun berniaga di bazar Ramadan berkenaan.

“Saya lihat sendiri khemah tunggang langgang dibadai ribut, rasa takut dan trauma hanya Allah yang tahu. Mujur tidak ada kemalangan jiwa,” ujarnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam berkata, kerajaan negeri dan pelbagai agensi berkaitan akan membantu peniaga yang terjejas. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... dan-felda-chemomoi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.052869 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list