CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9327|Reply: 0

[Sabah] Perubahan angin laut punca lambakan sampah atas air

[Copy link]
Post time 5-4-2024 05:48 AM | Show all posts |Read mode


SAMPAH: Lambakan sampah yang mencemarkan kawasan pinggir laut Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Lambakan sampah atas air mengakibatkan berlakunya pencemaran di beberapa permukaan kawasan perairan dan pinggir laut di bandar raya terutama jeti Terminal Feri Jesselton Point dan Pasar Besar Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), lambakan sampah terbabit dipercayai berpunca dari perubahan tiupan angin laut pada Mac lepas.

DBKK melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) segera mengambil tindakan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dengan menggunakan bot dan pengaut sampah di kedua-dua lokasi terjejas.

Sejumlah 7.5 tan kutipan sampah direkodkan dalam beberapa siri kerja pembersihan yang dilaksanakan DBKK pada Mac lepas terutama di kawasan jeti Terminal Feri Jesselton Point.

Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan DBKK, pencemaran sampah sarap di laut, sungai mahupun sisa sampah yang terdampar di persisiran pantai sekitar bandar raya kebanyakannya berpunca dari kawasan perkampungan atau rumah atas air di persisiran sungai dan kepulauan.

Sebagai langkah jangka pendek, pihak DBKK akan memasang perangkap sampah di kawasan perkampungan atas air yang kritikal seperti di sekitar Kampung Numbak dan setinggan Saga, serta mengenal pasti bot pembersihan yang sesuai dalam menjalankan operasi pembersihan.

Kerja-kerja pemantauan dan pembersihan laut turut diteruskan di kawasan persisiran sungai dan pantai di Kota Kinabalu oleh Unit Pembersihan Laut dan Sungai di bawah JPSP.

Tindakan berkenaan turut dijalankan dengan kerjasama syarikat konsesi yang dilantik, termasuk di muara sungai Sembulan, persisiran Anjung Senja, perangkap sampah berhadapan pusat beli-belah IMAGO, jeti Taman-Taman Sabah, dan Teluk Likas.

Selain itu, kerja-kerja pembersihan dilaksanakan mengikut jadual pembersihan yang ditetapkan. Justeru, DBKK menasihatkan kepada masyarakat awam untuk tidak sesuka hati membuang sampah ke sungai, laut dan pantai sehingga menyebabkan pencemaran kepada alam sekitar.

Isu pencemaran laut, sungai dan pantai adalah isu yang semakin kritikal dan wajib ditangani secara bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi bertindak, termasuk kerjasama dan kesedaran tinggi daripada masyarakat awam.

Pelan tindakan yang paling berkesan akan dirangka dalam mengatasi tindakan masyarakat awam yang membuang sampah di tempat yang tidak betul.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.053913 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list